Pertama kali bertemu suri hati Dr Say Shazril ini adalah sekitar bulan September dua tahun lalu. Selain terpikat dengan peribadi menyenangkan dan raut wajah cantiknya, pertemuan bersama Dr Azura Abas sekali lagi membuatkan penulis kagum dengan doktor cantik ini. Mana tidaknya, sejak menjadi ibu… kulit wajah Dr Azura nampak makin gebu dan berseri-seri. Memang cantik!
Ditanya petua yang diamalkan hingga mampu memiliki kulit sihat, dengan nada rendah diri ibu Aezriel ini berkongsi rahsia. “Saya cuma guna skincare yang basic je. Basuh muka macam biasa dan sebagainya yang macam orang lain buat juga. Tapi, wajib pakai sunblock setiap hari. Sunblock ni fungsinya bukan untuk elakkan kulit kita gelap saja. Ia turut membantu melambatkan proses penuaan seperti kedutan, memperbaiki tekstur kulit dan macam-macam lagi.
Satu lagi kalau nak nampak cantik kenalah mekap. Maksudnya bukanlah mekap yang tebal. Cukup sekadar bibir dan pipi ada warna, pakai maskara sikit dan eyeliner. Tambahan pula sejak ada anak ni, kenalah cover sedikit eyebag. Jenis saya, mekap sekejap je. Dalam lima minit macam tu dah siap sebab saya tak pakai foundation. Alhamdulillah, lepas bersalin saya nampak kulit jadi lebih sihat dan bersih. Sebelum mengandung dulu tak pula macam ni,” ujarnya sambil ketawa.
Tambah Dr Azura lagi, “Selain tip itu, saya juga amalkan makanan yang seimbang. Tak boleh makan junk food banyak sangat. Sebenarnya tak ada petua spesifik pun yang saya
ikut, cuma saya akan pastikan semuanya dalam skala moderate. Makan dalam kuantiti sederhana, bersenam dan tidur yang cukup.
Bercerita tentang menu harian pula saya memang nasi setiap hari. Maklumlah, kita orang Melayu ni tak tinggal makan nasi dan dah jadi menu wajib. Apa-apa pun, portion nasi tu kena betul dan tak boleh melebih-lebih. Memadai portion nasi suku je tak kiralah sesedap mana pun lauk yang kita makan.
Nak nampak sihat dan segar selalu pun hidup kena less stress. Syukur, sekarang waktu kerja saya fleksibel dan bukan waktu pejabat dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Jadi, ada lebih masa dengan anak.”
Selamat melahirkan bayi lelaki comel secara pembedahan pada Mei tahun lalu, Dr Azura mengakui berdepan beberapa perubahan besar sejak cahaya mata yang dinanti-nanti hampir empat tahun itu dilahirkan. “Memang ada perubahan pun. Contohnya kalau dulu bolehlah saya mekap lebih sedikit dan buat rambut.
Kalau dulu saya dan suami rajin ke gym tapi sekarang semuanya terhad. Bukan je sebab keadaan saya yang lahirkan anak secara ceaserean tapi juga kekangan masa. Nak tak nak, kena juga buat senaman ringan to keep ourselves healthy.”
Sentiasa tersenyum dan melihat setiap dugaan serta cabaran hidup dari perspektif yang baik, Dr Azura turut mengakui dia seorang wanita yang berfikiran positif. “Saya memang seorang yang positif sebab nak tunggu dapat Ace ni agak lama. Jadi kalau timbul rasa negatif dengan kehadiran dia, tu nampak macam tak bersyukur lah pula. Yang penting kena sentiasa bersyukur dan tetapkan dalam diri untuk selalu fikir yang baik-baik termasuk bila Allah bagi rezeki anak ni. Kena bersyukur dan betul-betul jaga amanah ni.”
Dalam temu ramah bersama Nona dua tahun lepas, Dr Azura memaklumkan dia sah bergelar isteri kepada Dr Shazril Shaharuddin pada tanggal 30 Mac 2014 setelah lebih lima tahun mengenali hati budi. Malah, perkenalan mereka terbina ketika masing-masing menuntut dalam jurusan dan tempat pengajian yang sama.
“Kami mula berkenalan masa sedang belajar di India lagi. Kalau tak silap, pada tahun 2009. Waktu itu, saya dan Dr Say adalah pelajar perubatan di International Medical School di Bangalore. Dalam ramai-ramai pelajar Malaysia di sana, hanya dengan Dr Say saja saya boleh serasi. Mungkin sebab kami berkongsi minat yang sama kerana suka pergi ke gym.
Memang dekat India lagi dia sudah mula berjinak-jinak dengan seni bina badan dan kerap ke gimnasium. Begitu juga saya. Cuma bezanya, saya lebih kepada senaman dan tak terlalu ekstrem macam suami. Lepas saja habis belajar pada tahun 2013, dia masuk pertandingan bina badan dan terjun ke dunia modelling.
Sejak dia menang empat pertandingan bina badan itulah orang mula ambil tahu tentang dirinya. Kebetulan, kami baru berkahwin dan sedang buat housemanship selama dua tahun
di h0sp1tal Serdang.”
Sumber : gempak.videoviral
Kredit foto: Instagram Dr Azura Abas / Nna
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rose Merah