“Gaya Seperti Tak Pakal Selvar,” Netizen Kritlk Pemakalan Izara Aisyah

Menghitung hari sebelum melahirkan bayi perempuan dijangka April depan, Izara Aisyah telah mengadakan majlis ‘baby shower’ yang berlangsung dengan cukup meriah sekali, dihadiri keluarga dan rakan terdekat semalam.

Rata-rata netizen memuji Izara yang kelihatan berseri-seri dan anggun, bagaimanapun cara pemakaian pelakon itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengkritik pakaiannya itu tidak sesuai untuk seseorang yang bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi.

Mengenakan blaus dres berwarna putih yang dipadankan dengan dengan jaket berkotak pada bahagian luarnya, netizen mengatakan pakaiannya itu dilihat terlalu seksi serta tidak sesuai dengan ibu mengandung.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza, netizen meluahkan rasa kesal terhadap pakaian Izara itu kerana yang lain kelihatan sopan serta meminta pelakon itu melabuhkan pakaiannya.

Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017 bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin pada April nanti.

Sumber : Rotikaya

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStarkini