Pelakon dan usahawan Fizo Omar berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 15 Februari lalu.
Fizo sendiri tidak menyangka dan percaya telah berjaya menghabiskan kembara terbabit dengan jayanya walaupun tanpa sebarang latihan.
Jelas pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini, dia membuat keputusan untuk bersama-sama mengikuti pendakian itu ketika dirinya masih dalam sesi penggambaran sebuah drama.
“Akhirnya saya buat! Puncak Gunung Kinabalu.
“Jangan tanya macam mana keadaan Abe Joe nak sampai ke puncak lebih 4,000 meter tu dan macam mana aku merangkak turun pulak.
“Seksa weh, ye lah dengan tak training tengah penggambaran drama #maaftakindah lagi ni lari tinggal set kejap.
“Lagipun Abe Joe ni bukan kaki hiking pun. Pertama kali hiking terus naik Kinabalu dan sentuh puncak. Aku sendiri pun masih lagi tak percaya ni.
“Seriously aku cakap aku takkan sampai kalau takda brother 2 orang ni yang dok push dan motivate aku all da way. Terima kasih sangat bro @qobin_mokhtar dan @boiynadz.
“Habis lagu dah dia nyanyi, kata-kata semangat untuk aku, tinggal lagi tak angkat aku naik ke atas je,” tulisnya di Instagram (IG).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fizo tidak terlepas meninggalkan komen memberi ucapan tahniah di samping turut sama bangga dengan kejayaan yang telah dicapai.
Fizo bersama beberapa orang pendaki lain memulakan perjalanan mendaki pada 14 Februari lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak