Black tak serik berlumba

KUALA LUMPUR: Pengalaman terhemp4s badan atas batu hingga menyebabkan sukar bernafas tidak membuatkan penyanyi, Black Hanifah serik berlumba.

Black terj4tuh selepas terbabit dengan sukan permotoran lasak di Ulu Yam berkata walaupun pernah pat4h tangan, itu tidak memat4hkan semangat sebagai pelumba motosikal lasak.

“Sukan permotoran adalah minat saya, selain bermain bola sepak dan memandu kereta empat roda. Saya tahu sukan ini berisiko tinggi. Saya perlu berhati-hati tetapi j4tuh dikira lumrah, naik tangga pun kita boleh j4tuh, inikan pula bermain sukan permotoran lasak.

“Saya tak sangka kemalangan akan terjadi, tetapi saya selamat kerana memakai pakaian keselamatan yang lengkap. Jangan ingat kita sudah bagus menyertai perlumbaan seperti ini dan tidak memakai pakaian keselamatan.

“Alhamdulillah, saya tidak terced3ra apabila memakai baju keselamatan. Pada ketika itu, memang s4kit kerana saya j4tuh ketika sedang melompat disebabkan tidak seimbang dan badan terhempas atas batu,” katanya kepada BH Online.

Isnin lalu, Black mengejvtkan ramai apabila terbabit dalam kem4lang4n ketika menyertai program perlumbaan motosikal lasak, CKD MX Series yang dianjurkan olehnya bersama Achey di Ulu Yam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Black mengadu sukar bernafas selepas terj4tuh.

Black dibawa ke h0sp1tal oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudiannya menjalani pemeriksaan termasuklah ujian X-Ray di h0sp1tal berdekatan.

“Mujur ada APM membantu. Mereka memeriksa saya dan mengatakan tiada yang p4tah tetapi disebabkan hent4kan yang kuat ia menyukarkan saya bernafas.

“Disebabkan itu, isteri tidak berpuas hati dan mahu membuat X-Ray. Syukur apabila dimaklumkan tiada apa yang p4tah, saya cuma diberi ub4t tahan s4kit.

“Saya dibenarkan pulang dan kembali ke Ulu Yam bagi menghabiskan acara sejam kemudian” katanya.

Bagaimanapun, Black atau nama sebenar, Mohd Hanifah Md Hanafiah tidak menafikan kurang rehat adalah faktor pada kem4lang4n berkenaan.

“Sebelum itu, saya dari Penang dan keesokan pagi terus berlumba tanpa tidur yang cukup. Sememangnya kalau mahu berlumba kena cukup tidur, ini kesilapan saya,” katanya yang sudah dua tahun berkecimpung dalam sukan permotoran lasak.

Juara program realiti Mentor 3 itu ditemui pada sidang media Konsert 4G’s di Istana Budaya. Konsert yang menggabungkan Black bersama Akim Ahmad, Tomok dan Hazama akan diadakan di tempat yang sama pada 17 dan 18 April depan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online