Selepas hampir pulih daripada kem4lang4n ketika melakukan aktiviti berbasikal hingga menyebabkan bahagian ‘Collarbone’ sebelah kiri pat4h empat dan tiga tulang rusuknya ret4k, pelakon dan usahawan Nash Idrus pernah berkongsi Mengenai perbualannya dengan arw4h Ashraf Sinclair, sekitar November tahun lalu.
Kongsi suami kepada Sazzy Falak ini, arw4h merupakan individu pertama yang dihubungi saat terlibat dalam ins1den tersebut dan jawapan yang diberikannya cukup beri kesan mendalam.
Pesanan yang ditinggalkan arw4h membuatkannya berfikir panjang mengenai kehidupan sekaligus menjadi penyebab dia mahu ‘berhenti’ seketika daripada soal duniawi.
“Selepas kem4lang4n, saya bermesej dengan sahabat baik saya, Ashraf Sinclair, dialah rakan seperjuangan dan dalam perniagaan.
“Kami banyak berbicara soal kehidupan, Ashraf walaupun kehidupannya nampak moden dan urban, namun dia seorang yang sangat merendah diri dan banyak memikirkan soal ker0hanian.
“Dia memberi respon bahawa kem4lang4n yang berlaku kepada saya ini ialah sesuatu yang harus saya refleksi diri.
“Dia meminta saya melihat apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh Allah.
“Dia tulis ‘something to reflect’ namun tidak sempat berbicara dengannya soal itu.
“Selepas keluar h0sp1tal baru saya berkesempatan menghubunginya dan bertanyakan soal tersebut,” kongsi Nash.
Usahawan ini pada masa sama memberitahu, apa yang dikongsikan itu membuatkannya untuk lebih rasa bersyukur.
“Katanya kadang kala rintangan di atas jalan ialah sesuatu yang harus kita kaji dan lihat. Lalu kata-kata itu membuatkan saya berfikir panjang.
“Mungkin selama ini saya punya kesilapan dengan sesiapa atau tidak pernah bersyukur dengan pemberian tuhan.
“Mungkin saya terlalu mengejar keduniaan sehingga lupa berfikir mengenai keluarga.
“Ia membuatkan saya mahu ‘berhenti’ sebentar daripada keduniaan kerana di akhirnya, hanya keluarga sahaja yang akan berada di sisi,” jelasnya lagi.
Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair men1ngg4l dunia pada usia 40 tahun dipercayai akibat ser4ngan jantung.
allahy4rh4m mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair yang kini mencecah usia 10 tahun.
Sumber : MH
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstarkini