Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukur atas nikmatNya atas perkahwinan yang dibina pada Februari 2018 bersama Fizi Ali kekal bahagia hingga kini.
Malah, kehidupan mereka lebih lengkap dengan kehadiran cahaya mata pertama Mac tahun lalu.
Kongsinya lagi, terdahulu dia dan suami telah mengharungi pebagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan bergelar suami isteri.
“Tak sangka kita lepas every stage yang Allah bagi dekat kita. Susah , susah , susah, senang susah balik senang sampai sekarang. ( Bukan main banyak susah dari senang, bayangkan ! )
“But WE DID IT sayang. Start kenal you 2013 sampai ke 2017 tu banyak lah racun tertelan tapi nasib baik selamat. Ramai yang nak menjatuhkan tapi kita tetap kuat.
“Ada juga sepanjang berkawan kita buat SALAH dan SILAP tapi tu semua perkara yang mematangkan kita sebagai manusia.
“Hari ni 2 tahun kita kawin.
“Semuanya yang Allah bagi indah.
“Melimpah2 Allah bagi sampai ada orang baru dalam hidup kita berdua,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shakilla menyifatkan bahawa suaminya merupakan insan terindah dalam hidupnya.
“Orang yang paling terindah.
Rasa sed1h , happy bercampur macam rojak dah perasaan tu.
“Rasa tak layak dapat perjalanan indah macam ni. Allah tak pernah salah aturan.
Ini yang terbaik untuk kita. Semoga kita terus susah & senang sampai you beruban dan berkedut.
“I akan tetap jaga you ibarat menatang minyak yang penuh.
“Happy Anniversary Daddy Ameena Sofea. Syg u berdua sampai m4ti,” akhirnya.
Terdahulu, Shakilla dan Fizi diijabkabulkan pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata,Ameena Sofea yang kini berusia setahun.
Sumber:MH
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar