Cita-Cita Jadi Polis Tercapai, Tul4r Gambar Anak H1ba Sujvd Kak1 Ayah Si Penjual Sate

Terharu berjaya mencapai cita-cita menjadi seorang polis, seorang anak bersujvd syukur di kaki ayahnya yang selama ini telah banyak berkorb4n untuk mereka sekeluarga.

Detik mengharukan Mohammad Risky Saputra, 19, bersama ayahnya, Supriyadi, sempat dirakam sebelum dikongsikan oleh rata-rata warga net dan menjadi tul4r di media sosial.

Gambar : Kompas.com

Difahamkan, Risky merupakan salah seorang pelatih di pusat latihan polis (SPN) di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia, yang bakal menamatkan latihan pada bulan hadapan.

Ibu Risky, Sumarni ketika ditemui Kompas.com berkata, anaknya itu memberitahu hasrat untuk menjadi seorang polis sebelum ini, tetapi keadaan keluarga mereka yang cukup makan menyuk4rkan keadaan.

Gambar : Kompas.com

”Dia beritahu saya mahu menjadi seorang polis, tapi saya kata kita tiada wang..

”Namun, Risky membalas : saya hanya minta restu dari ibu bapa, kalau ibu bapa merestui, insyaAllah pasti Allah memudahkan..” kata Sumarni.

Tambah beliau, keluarga mereka hidup dalam keadaan sederhana di mana sumber pendapatan mereka adalah dari suaminya yang hanya bekerja sebagai penjual sate dan gado-gado di sekitar rumah.

Gambar : Kompas.com

Risky yang menjadi kebanggaan keluarga, bakal dilantik menjadi seorang polis secara rasmi pada bulan Mac 2020.

“Saya sebagai orang tuanya hanya boleh berdoa, segala keinginan anak tercapai..” kata Sumarni.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :Kompas.com