“Jadi Tetamu Istimewa Kesuma Jiwa,” Rupanya Peminat Cilik Rizalman Sudah Tak Mampu Melihat

15 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen, nama Datuk Rizalman Ibrahim sangat sinonim dalam kalangan penggemar fesyen. Malah, rekaan dan hasil tangannya sentiasa menjadi pilihan orang kenamaan dan para selebriti.

Cukup dikenali dalam dunia fesyen, sebenarnya Rizalman juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri, khususnya di media sosial.

Terdahulu, Rizalman telah merealisasikan impian seorang kanak-kanak perempuan bernama Airen Nurain, merupakan peminat ciliknya, berusia 12 tahun, yang menghidap peny4kit buah pinggang kronik dan ketumbuhan dalam otak.

Airen jadi tetamu istimewa

Pertemuan itu memberi makna yang cukup besar buat Airen, malah pada malam pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya, kanak-kanak itu juga dijemput sebagai tetamu istimewa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ketika saya mula dipertemukan dgn @airen_lerr dahulu.. saya diberitahu beliau di dalam proses tahap kesihatan yg akan melalui kehilangan pandangan nya akibat penyakit yg di alami nya, hasrat beliau adalah utk bertemu saya sebagai idola nya.. saya lekas2 bersetuju menemui beliau serta mempelawa untuk menyaksikan KesumaJiwa sebagai peristiwa istimewa yg terakhir sebelum kehilangan deria mata.. (di dalam hati saya berdoa semoga beliau sempat dan beliau sendiri tidak mengetahui keadaan kesihatannya ketika itu).. namun semenjak seminggu yg lepas, Airen sudah tidak lagi melihat.. beliau tidak sempat menyaksikan wajah saya. . . Beliau meminta ayahnya bahwa beliau ingin meraba wajah saya sebagai gantian kepada deria mata yg hilang itu…. saya telah berjumpa dengan ‘kesuma’ saya, bunga yg senantiasa akan mekar di taman syurga. . . . #kesumajiwa2020

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Airen tak mampu lagi melihat

Berkongsi momen bertemu adik Airen selepas selesai pementasan Kesuma Jiwa, dapat diperhatikan riak wajah gembira peminat cilik itu dapat sekali bertemu dan dijemput ke persembahan idolanya.

Namun, Airen sebenarnya sejak seminggu yang lepas sudah tidak mampu lagi untuk melihat, justeru ketika pertemuan dia hanya mampu mengusap-usap wajah Rizalman.

Bagi Rizalman, Airen disifatkan sebagai ‘kesuma’ jiwanya. Meskipun sed1h mendapat tahu bahawa Airen tidak sempat melihat persembahannya namun kedatangan anak istimewa itu sudah cukup menggembirakan.

Sumber : Datuk Rizalman Ibrahim

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rose Merah