Majlis resepsi pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza seakan di kayangan itu benar-benar kelihatan indah dan cantik.
Pasangan secocok
Tambahan pula, kedua-dua mempelai sememangnya mempunyai rupa paras menarik menaikkan lagi seri majlis tersebut. Dengan kek yang ditempah khas berbentuk lampu chandelier, majlis tersebut benar-benar men1ngg4lkan memori indah buat mereka.
Tulis surat buat isteri beberapa jam sebelum nikah
Namun, sejak hari pernikahan mereka lagi, tindakan Aiman Hakim yang menulis surat cinta kepada Zahirah beberapa jam sebelum diijab kabul sememangnya satu tindakan yang sweet dan romantis.
Surat tersebut tular di media sosial dan membuatkan ramai yang kagum dengan rasa cinta yang diungkapkan Aiman kepada isterinya tu.
Aiman hakim ridza is the sweetest one, he even wrote a love letter to zahirah on their wedding day ❤️🥰 pic.twitter.com/oTF7uWNzs9
— Nining (@themeaahh) February 22, 2020
Tindakan comel tersebut juga bukan sahaja terlihat unik malahan membuatkan netizen terutamanya golongan wanita mendambakan seseorang lelaki seperti Aiman Hakim.
Tulisan dia pun cantik
Nama Aiman Hakim juga trending di Twitter apabila ramai yang bercakap-cakap berkenaan tindakannya itu yang nyata memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja yang melihat posting gambar tersebut.
Orang hantar whatsApp dia hantar surat
Nampak sangat dia sayang Zahirah
Ramai impikan pasangan seperti Aiman
Sumber:Twitter
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Note Untuk Awak