Bantuan zakat dan JKM dihentikan, wanita terl4ntar rayu bantuan

ALOR SETAR – Seorang wanita dari Taman Derga Jaya di sini, terpaksa menanggung der1ta selepas terbabit kemal4ng4n yang menyebabkannya terl4ntar sejak lapan tahun lalu.

Kemal4ng4n yang berlaku ketika dia berusia 14 tahun mengubah kehidupan Nuratiqah Mohamad Shafri, 25, yang memerlukan perhatian seperti seorang bayi daripada ibunya, Muna Jamaludin, 42.

Menurut Muna, anaknya dulu seorang yang aktif di sekolah, namun mengalami keced3raan di kepala akibat kem4lang4n yang berlaku pada November 2006 sebelum segalanya berubah.

“Selepas kem4lang4n, doktor sahkan Nuratiqah ada masalah saraf menyebabkan matanya jul1ng selain turut hil4ng ingatan. Dia kemudian dirujuk kepada pakar psiki4tri kerana ada orang mengatanya gila, tetapi sebagai ibu saya tetap sabar.

“Keadaan kesihatan anak saya semakin mer0sot sehinggalah dia tidak lagi mampu berjalan sejak lapan tahun lalu dan terpaksa dimandikan seperti bayi,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, ibu kepada tiga anak ini berkata, sejak terl4ntar Nuratiqah hanya diberi minum susu khas yang agak tinggi harganya kerana disaran doktor yang merawatnya.

Katanya, setiap bulan dia perlu membelanjakan RM700 untuk membeli susu dan RM200 untuk membeli lampin pakai buang.

“Nuratiqah minum susu melalui tiub di hidung, sebelum ini saya ada terima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM600 sebulan, namun ia dihentikan sejak Oktober tahun lalu.

“Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan juga dihentikan bulan lalu, menyebabkan kami terpaksa bergantung penuh kepada pencen arwah suami sebanyak RM900 sebulan.

“Dengan wang itu juga saya besarkan dua lagi anak saya dan membayar sewa rumah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu am dengan pendapatan kira-kura RM1,000 sebulan.

Jelasnya, beliau hanya berharap sekiranya ada pihak sudi menyumbang susu khas Nuratiqah yang berharga RM68 setin kerana anaknya itu memerlukan 10 tin setiap bulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Muna di talian 018-2763513 atau menerusi nombor akaun BSN 0212241000080872 (Nuratiqah Mohamad Shafri)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: http://cempedakcheese.com/