“Penyanyi Asia Nombor 1 Lukis!” – Kak Ani Kongsi Karikatur Air Tangan Allahy4rham Sudirman, Ada Yang P4nas Hati?

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berkongsi sekeping foto lakaran dirinya bersama allahy4rh4m Sudirman Arshad suatu ketika dahulu.

Lebih istimewa foto itu dilukis sendiri oleh Sudirman untuk diabadikan momen bersama Noraniza ketika itu.

“Nampak tak! Nampak tak! Siapa yang lukis gambar tu?

“PENYANYI ASIA N0. 1 okey, Sudirman Haji Arshad lukis gambar @noraniza_idris.

“Dari dulu pakai baju kebaya, identiti yang dilihat. Selain yang orang nampak jadi identiti dari dulu adalah pipi sentul dua tu. Kau ada macam kita ada?” tulis Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang terguris dengan jolokan Penyanyi Asia Nombor Satu seperti yang ditulis Kak Ani kepada Sudirman.

“Gigihnya highlight penyanyi no 1 malaysia..nak lawan penyanyi no 1 negara kah? By the way, cantik arw4h Sudirman lukis gamba Kak Ani berkebaya. Terima kasih Kak Ani kerana mempertahankan irama melayu asli dan seni budaya Melayu,” tulis salah seorang pengguna.

“Adeh. Tak sangka ayat & bahasa seorang Noraniza Idris macam ni. Just buat tak tahu & diam je kan boleh. Bukan semua orang, tapi masih ada yang ingat krisis kak ani yang dulu. Macam manala orang nak minat kalau macam ni,” tulis pengguna lain.

“Tak salah pun nak minat siapa nak rasa artis mana dia rasa yang no 1. Tapi caption tu yang buat mengundang kecaman. Boleh je tulis elok-elok. Diri sendiri yang saja cari perhatian dengan caption tersebut,” tambah pengguna lain pula.

“Apa yang ada pada nombor. Melainkan uols tak habis-habis berdengki dengan penyanyi bernombor baru. Fokuslah ur solo konsert tu,” sahut pengguna lain.

Bagaimanapun, Kak Ani punyai jawapannnya sendiri.

“Suka hati kita lah, tak kiralah kita nak tulis macam mana. Dia Penyanyi No 1, Penghibur No 1… dia tetap sentiasa menjadi ikon No 1 di hati saya,” jelas Kak Ani.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak