“Kepada Sesiapa Yang Pernah Berk3cil Hati, Ter4sa Hati… Maafkan Saya,” – Ayda Jebat Tunai Umrah

Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat, telah selamat sampai ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Turut sama menyertai rombongannya ialah pengarah Sheila Rusly bersama suami selain beberapa kenalan lainnya.

Terdahulu menerusi Instagram Nabil Mahir turut berkongsikan fotonya bersama bintang berusia 28 tahun itu beberapa ketika sebelum berlepas ke tanah suci.

“Alhamdulillah wuv dapat jemputan ke tanah suci  Makkah.

“Moga semuanya dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Jaga diri,” tulis Nabil menerusi ruangan kapsyen.

Terbaru, Ayda menerusi platform sama turut memanjatkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk mengerjakan umrah yang pertama.

“Assalamualaikum… Alhamdulillah, saya selamat sampai di Mekah & selesai menunaikan Umrah pertama pagi tadi. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan saya.

“Alhamdulillah dan Insyaallah berterusan dipermudahkan hendaknya. Di kesempatan ini, kepada sesiapa yang pernah berkecil hati, terasa hati terhadap saya, maafkan saya.

“Kepada sesiapa yang nak kirimkan doa, Comment dekat bawah nama penuh beserta doa anda. Insyaallah saya doakan,” tulis penyanyi Temberang itu.

Selain ada yang memanjangkan doa, para peminat turut mendoakan agar umrah Ayda dipermudahkan selain mendapat umrah mabrur.

Foto: Instagram Ayda Jebat, Sheila Rusly

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: MH