Aks1 anak kedua Hairul Azreen, Alisa Aisyah yang baru berusia lapan bulan dilihat berdiri dalam masa yang lama tanpa sebarang bantuan telah mendapat perhatian netizen.
Aks1 itu dirakam dalam sebuah video dan dimuat naik sendiri oleh Hairul menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, difahamkan Hairul menerima kiriman video tersebut dari isterinya, Hanis Zalikha ketika dia sedang bekerja.
“Macam mana daddy nak kerja , kalau dapat video macam ni,” tulisnya.
Video itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji perkembangan sihat anak perempuannya itu yang dianggap cepat.
“Wah 8 bulan sah pandai dah…
“Alisa dah dapat kaki.
“Mesti Alisa dah boleh jalan umur 9 bulan nanti,” antara komen pengikutnya.
Lihat siaran ini di InstagramMacam mana daddy nk kerja , kalau dpt video macam ni 😢 @thealisaaisyah #8Month
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar berusia tiga tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:Gempak