BCL Buat Konsert Buat Pertama Kalinya Selepas Pemergian Ashraf, Ramai Pertikai Tempoh Iddahnya

Sudah lebih seminggu pelakon Ashraf Sinclair telah pergi men1ngg4lkan dunia buat selama-lamanya. Siapa sangka dia usia yang masih muda, lelaki itu akan men1ngg4l kerana ser4ngan s4kit jantung semasa tidurnya.

Umum pasti mengetahui bahawa pelakon yang berasal daripada Malaysia itu telah berkahwin dengan Bunga Citra Lestari iaitu seorang selebriti popular di negara seberang. Hasil penyatuan cinta mereka itu telah diikat rapi dengan kehadiran seorang anak tunggal lelaki bernama Noah.

Kredit foto: Blog

Baru sahaja kehil4ngan suami tercinta tetapi BCL tetap tabah meneruskan kehidupannya seperti biasa. Kelmarin wanita itu telah muncul melakukan persembahan di hadapan khalayak ramai buat pertama kali sejak kematian Ashraf.

Meskipun cuba tampil tabah pada awalnya tetapi penyanyi tidak mampu menyorokkan rasa sed1hnya semasa mendendangkan sebuah lagu sed1h. Namun dia berjaya menamatkan persembahannya dengan profesional sekali sehingga menerima pujian ramai.

Kredit foto: Twitter

Walaubagaimanapun, ada pula suara sumbang yang mempersoalkan BCL yang begitu cepat keluar daripada rumah untuk bekerja walhal dia masih lagi berada dalam tempoh iddah.

Kredit foto: Twitter

Pun begitu, ramai netizen lain yang datang ‘back up’ dan jelaskan bahawa BCL dibolehkan untuk keluar rumah kerana atas urusan kerja. Mereka juga menjelaskan bahawa penyanyi itu berpakaian gelap dan tidak bersolek sangat bagi menghormati status barunya sebagai seorang balu.

Kredit foto: Twitter

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di FacebookĀ @Soya Lemon

Sumber : Cari

Ā