Perkongsian di laman FB Penang kini baru-baru ini menceritakan telatah anak sekolah yang mengunting wang kertas note RM 10, bagi memenuhi permintaan guru supaya membawa 5 keping bunga Rafflesia ke sekolah.
” Cikgu pesan bawak 5 keping gambar Bunga Rafflesia”, katanya.
Walau bagaimanapun, kepingan gambar bunga Rafflesia tersebut berjaya digunt1ng sebanyak 4 keping. Kepingan ke 4, barulah disedari ibunya.
Tindakan bijak anak tersebut mungkin menjadi punca ibunya ‘naik h4ntu’ tetapi tidak bagi warganet apabila dikatakan perbuatan anak itu pandai dan cerdik.
” Pandainya jumpa bunga disitu” komen warganet.
Ragam anak kecil bersekolah sememangnya sering menjadi penglipur lara pada orang dewasa. Ini kerana sikap dan telatah mereka masih lagi lurus dan tulus.
Seorang individu menasihat ibu kanak-kanak tersebut supaya banyakkan bersabar. Boleh jadi anak itu bakal Gabenor kerana pemerhatiannya terhadap wang sangat fantastik.
Sumber:Cari
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar