Pelakon Zara Zya menafikan mempunyai hubungan bersama pelakon Azlee Khairi yang juga merupakan gandingannya di dalam drama Seadanya Aku.
Memetik laporan HLive, Zara,35, mengatakan status solonya kini membuatkan peminat mahu menjodohkan dia bersama Azlee.
View this post on Instagram
“Orang memang tahu Zara sekarang single dan Azlee pun maybe single jadi peminat suka dan mendoakan yang baik-baik.
“Tapi selagi perkara ni positif, saya terima apa sahaja maklum balas daripada mereka dan saya rasa benda ni bagus juga untuk publisiti kami berdua.
“Kalau ada yang minta kami lebih daripada tu, saya rasa tak payah la kot,“ jelasnya.
Tambah Zara lagi, dia dan Azlee hanyalah berstatus teman dan sudah lama mengenalinya.
“Saya dan Azlee ni dah lama, memang orang kata gandingan kami serasi sejak 10 tahun lepas lagi.
“Jadi bila Azlee buat kemunculan semula, mula-mula kami takut juga orang terima atau tak gandingan kami.
“Tapi Alhamdulillah, kami terima respon yang sangat positif tapi betul, kami memang tiada apa-apa hubungan.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
View this post on InstagramApa yang korang harapkan dari episod harini? @zarazyaloverz #seadanyaaku @dramasangat
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak