Isteri juara Da’i, Dr Erin did4kwa men1pu, Suami Hadir Jadi Penjam1n

KUALA LUMPUR: Isteri seorang juara program Da’i, did4kwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini, hari ini, atas tuduh4n men1pu seorang wanita dalam urusan sijil halal menyebabkan kerugian lebih RM10,000.

Tertuduh, Noorainul Naqim Mohd Radzi, 39, yang lebih dikenali sebagai “Dr Erin”, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dikemukakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mendorong Norsiha Aala untuk menyerahkan wang tunai RM10,050 bagi mendapatkan sijil halal dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk produk miliknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju, pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana men1pu, sabit kesalahan boleh dihukvm penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.

Susulan pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik, memohon mahkamah mengurangkan jaminan, memandangkan anak guamnya penanggung tunggal lapan anak, berusia lima hingga 19 tahun.

“Suami tertuduh juga hadir di mahkamah hari ini bagi menjadi penjamin,” katanya.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan RM4,000 sebelum menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen.

Suami tertuduh yang ditemui media di luar mahkamah, enggan mengulas lanjut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH online