“Kami ada berjumpa…”- Rakan2 terima tuduh4n melamp4u, ini resp0n ‘padu’ Mamat Sepah

Seperti yang diketahui, Mamat Sepah pada awal Mac telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Diana.

Namun begitu, timbul pula isu kurang senang netizen yang membuatkan Mamat Sepah terkilan apabila rakan-rakannya seperti Jep, Shuib, Rahim dan Pakya menerima tuduh4n melamp4u akibat tidak hadir majlis pernikahannya pada Ahad lalu.

Mamat Sepah bersama isteri dimajlis pernikahan pada Ahad lalu.

Menerusi Gempak, Mamat Sepah akui terkilan kerana netizen tidak mengetahui hal sebenar sanggup membuat tuduh4n melvlu buat rakan-rakannya itu yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu.

“Jangan tuduh sahabat-sahabat saya macam tu, mereka ada hubungi saya menerusi panggilan video satu jam sebelum saya bernikah. Saya sed1h apabila ‘adik-beradik’ saya, Jep dan Shuib dikatakan sengaja tidak hadir dan lupakan saya.”

Walau bagaimanapun, Mamat Sepah turut menasihati jika tidak mengetahui hal sebenar dia mengatakan jangan bercakap sesuka hati supaya tidak menguriskan hati orang lain apatah lagi menambah dosa sendiri.

Ini kerana, anggota Sepahtu ada menghubunginya selain turut memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlisnya itu akibat terikat dengan komitmen untuk program Sepahtu Reunion Live.

“Mereka ada penggambaran. Saya faham komitmen sahabat-sahabat saya. Saya terharu apabila mereka hubungi saya.

“Itulah momen yang paling membahagiakan saya… disebabkan itu saya sempat merakam momen tersebut (panggilan video) untuk dijadikan kenang-kenangan,” ujarnya lagi.

Katanya juga, seminggu sebelum bergelar suami dia ada berjumpa dengan rakannya, Jep dan menerima ucapan tahniah serta telah diberitahu tentang dirinya tidak dapat hadir kemajlis berkenaan.

“Kami ada berjumpa dan dia ucap tahniah dan beritahu awal tidak dapat hadir ke majlis saya nanti. Sebab itu saya kata, jangan suka menvduh tanpa usul periksa.”

Semalam, Shuib menerusi Instagram ada mengucapkan tahniah buat Mamat selain turut meminta maaf dan menjelaskan sebab dirinya tidak dapat hadir kerana atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Astro Gempak