“Saya balik nak mandi, tapi tangan tak boleh angkat” – Che Ta kongsi pengalaman jadi per1sik

BERLAKON membawakan watak sebagai seorang per1sik menguji kemampuan fizikal pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta.

Kata Che Ta, 46, pengalaman berlakon dalam drama bersiri Family Spy cukup menyeronokan kerana ia berbeza daripada karakter yang pernah dijayakan sebelum ini.

“Seronok kerana untuk pertama kalinya dapat karakter berbeza dan lain daripada yang lain. Sebab saya tak pernah bawakan watak sebagai spy.

“Saya bukan orang yang suka bersukan, apabila fighting scene itu dibuat banyak kali, tangan jadi lenguh. Apabila saya balik dan nak mandi, tangan tak boleh angkat,” katanya.

Barisan pelakon yang menjayakan drama Family Spy.

Sementara itu menurut Che Ta, dia sedia menghadiri kelas tinju untuk membuat persiapan bagi membawakan watak sebagai seorang per1sik dengan lebih baik.

“Kalau ada musim yang kedua, saya akan pergi ke kelas boxing untuk membuat persiapan,” ujarnya.

Rozita ketika ditemui semasa sidang media drama bersiri Family Spy di Great Eastern Mall.

Selain Che Ta, drama rantaian itu turut menampilkan Alif Satar, Airiezara Jasmin, Nynas Harizal, Sham Visa dan Charis Ow.

Drama ini bakal disiarkan di Astro Ceria dan Ceria HD pada 11 Mac ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar