PRESTASI merudvm bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang dikaitkan sedang hang4t bercinta jelas membuatkan pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hilang sabar ke atas pemain sayap itu.
JDT yang sudah mengharungi tiga aksi kompetatif termasuk satu aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) menentang Kedah serta dua perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berjaya memulakan kempen musim baharu dengan rentak positif.
Bagaimanapun, dua kemenangan masing-masing ke atas Kedah (1-0) untuk menjulang Piala Sumbangsih dan kejayaan mengejutkan kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings (2-1) selain tewas (1-5) kepada Vissel Kobe dari Jepun dilihat masih belum memuaskan hati Tunku Ismail.
Sebaliknya, imp4k besar yang diletakkan ke atas bahu Safawi masih belum menjelma seperti mana aksi terbaiknya sepanjang musim lalu.
Jelas Tunku Ismail, kemerosotan mend4dak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekan4n daripada kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin untuk berkahwin dengan Safawi.
Susulan desak4n itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.
“Kem4ruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular.
“Satu keluarga kem4ruk cari lelaki kaya dari dulu. Patut makin hancur ‘performance’ budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang,” kata Tunku Ismail di laman sosial Instagramnya.
Ujarnya lagi, beliau memberi amar4n ‘ker4s’ kepada Safawi untuk segera mempertingkatkan prestasinya atau kemungkinan disingkirkan daripada pasukan.
“Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena ‘pressure’ setiap hari di paksa kahwin. Semoga maju jaya.Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***.”
Dalam posting berlainan, Tunku Ismail turut menasihatkan Syifa supaya tidak mengambil kesempatan ke atas Safawi.
“Kekasih anda sepatutnya bukan tempat untuk mendapatkan duit tetapi ia dibina atas perhubungan bukannya suatu pekerjaan. Faham tak S M (Syifa Melvin)?”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Metro