“Rambut dah sama… ni nangis mesti ikut suara bapak die, vokal terbaik”

Buat yang menonton Anugerah Juara Lagu yang ke-34 pada awal Februari lalu pastinya sudah mengenali dengan isteri kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip dimana Nureffy Jasreel Abdullah ketika itu sedang hamil anak kedua mereka.

Walau bagaimanapun, isterinya itu baru-baru ini selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka yang kali ini juga seorang lelaki. Perkara itu dikongsikan Hafiz Suip menerusi laman Instagram peribadinya dan dia telah menerima ucapan tahniah dan syukur ramai dengan perkongsiannya itu.

Isteri Hafiz Suip selamat lahirkan anak kedua

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah…welcome to the world my son

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

“Alhamdulillah… welcome to the world my son,” tulisnya pada 1 Mac lalu disamping memuat naik sekeping foto bayi.

Dalam pada itu, menjenguk kelaman Instagram miliknya juga Hafiz Suip ada berkongsikan beberapa keping foto namun begitu setakat ini juga penyanyi terkenal ini masih tidak mendedahkan wajah anaknya itu.

Menerusi foto, Hafiz Suip juga ada berkongsikan bahagian kepala anaknya itu semalam dan ternyata perkongsian foto itu meraih perhatian pengikut dan peminatnya dilaman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum gaiss…Awan Nano Jr.

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

“Assalamualaikum gaiss… Awan Nano Jr,” ujarnya menerusi kapsyen dan netizen mengatakan bahawa rambut anaknya itu seperti Hafiz Suip dan merasakan pasti memiliki vokal terbaik seperti penyanyi terkenal ini.

Seperti diketahui, Hafiz Suip merupakan antara penyanyi tanah air yang memiliki kelainan suara yang membuatkan ramai jatuh hati. Malah, pada AJL 34 yang lalu juga dia merangkul dua anugerah besar.

“Rambut dah sama…”

“Cute la Awan Nano Jr ni rambut…”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Hafiz Suip via HCL