PERCUTIAN pelakon Shera Aiyob dan suaminya Zahiril Adzim bersama anak mereka ke Jepun menimbulkan kebimbangan netizen berikutan negara itu kini mempunyai jumlah kes tertinggi wabak koronav1rus atau Covid-19.
Shera atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob, 34, menjelaskan mereka sekeluarga sudah pulang ke Malaysia pada awal Mac iaitu sebelum kes v1rus tersebut meningkat.
Menurut Shera, mereka sentiasa mengikuti langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti atau menyebarkan koronav1rus sebaik sahaja pulang ke tanah air.
Shera menjelaskan perkara itu di Instagramnya pada Khamis.
“Sebenarnya kami dah hampir seminggu pulang ke Malaysia cuma tidaklah setiap benda kami nak update di laman sosial. Ya, selepas pulang hari itu, kami kuarantin sendiri.
“Sekiranya terpaksa keluar kami akan menggunakan mask dan juga sanitizer seperti yang disarankan. Sekiranya ada demam, batuk atau selsema kami akan terus ke h0sp1tal atau mungkin kami akan terus buat ujian Covid-19.
“Tiket ke Jepun itu kami beli bulan Ogos tahun lalu untuk melawat keluarga kami di sana, bukan tidak ada kesedaran beli sewaktu Covid-19 tengah merebak,” katanya.
Shera berkongsi perkara itu di Instagramnya selepas menerima pertanyaan daripada ramai pihak yang bimbang dengan keadaan mereka di sana.
Sewaktu kami ke sana keadaan masih terkawal cuma dua tiga hari sebelum kami pulang sahaja kes semakin meningkat.
SHERA AIYOB
PELAKON
Pasangan selebriti itu turut berkongsi foto kenangan ketika menikmati percutian bersama anak mereka, Nadi Anaqi di Tokyo, Jepun baru-baru ini.
Dalam pada itu, Shera memberitahu biarpun keadaan di sana ketika itu masih terkawal namun mereka terpaksa membatalkan beberapa aktiviti di tempat awam.
Shera juga menjelaskan mereka sekeluarga sudah mengambil suntikan di h0sp1tal dan sentiasa melakukan penjagaan diri sebelum dan sepanjang penerbangan ke negara itu.
“Sewaktu kami ke sana keadaan masih terkawal cuma dua tiga hari sebelum kami pulang sahaja kes semakin meningkat.
Shera dan keluarganya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti Covid-19.
“Kami tak tinggal di hotel kerana kami ada keluarga di sana. Dan banyak perancangan kami batal untuk mengelakkan ke tempat yang terlalu ramai orang.
“Sebelum travel kami ambil suntikan di h0sp1tal dan makan vitamin c setiap hari. Sepanjang di airport dan juga dalam penerbangan kami pakai mask, sanitizer dan spray trolley, seats.
“Selebihnya kami hanya mampu berdoa supaya kami sekeluarga dilindungi Allah. Terima kasih kepada yang memberi peringatan, yang menasihati dan menyayangi kami. Kepada netizen yang prihatin tolong doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar