Pelakon popular Syafiq Kyle akui ada punyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga namun masih dalam proses mempersiapkan diri ke arah itu.
Jelas Syafiq, 28, faktor jadual kerjaya yang tidak menentu menjadi salah satu punca dia masih belum punyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
“Untuk mendirikan rumah tangga itu impian setiap lelaki dan saya pun ada memasang impian dan niat itu.
“Malah, keluarga saya pun selalu menasihati kalau berkawan dengan wanita, jika tak ada duit nak berkahwin kena pasang niat berkahwin. Tapi itulah, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi…
“Mungkin sebab jadual kerjaya masing-masing. Baik saya mahupun pihak wanita, kami hormati waktu masing-masing.
“Malah, keluarga pun menyerahkan kepada kami untuk memilih memandangkan kerjaya dalam bidang ini (lakonan) pun tidak menentu,” jelasnya.
Syafiq yang ditemui pada pertunjukan fesyen Summeraya 2020 Rico Rinaldi di GMBB Kuala Lumpur mengakui sentiasa mempersiapkan diri untuk bergelar ketua keluarga.
“Apa yang saya perlu buat ialah mempersiapkan diri saya terlebih dahulu untuk menjadi ketua keluarga dan suami.
“Malah, saya juga perlu melunaskan tanggungjawab saya sebagai seorang anak yang bertanggungjawab sebelum menjaga anak orang. Itu lebih penting daripada fikir soal bila nak kahwin,” tambah Syafiq.
Seperti umum mengetahui hubungan cinta Syafiq dan aktres Mimi Lana sudah terjalin sejak lima tahun lalu dan ramai yang menjangkakan pasangan itu antara yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Sementara itu, pembabitan Syafiq bersama pereka fesyen Rico Rinaldi merupakan usahasama pertama mereka dalam menghasilkan rekaan baju lelaki yang kasual dan selesa digayakan bukan hanya lebaran tetapi juga acara lain.
“Saya terlibat dengan pemilihan fabrik dan beberapa rekaan untuk koleksi ini. Sememangnya kerjasama dengan Rico Rinaldi memang saya nanti-nantikan sejak lama,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak