Bermacam-macam peristiwa yang berlaku dalam dunia seni terutamanya sejak kebelakangan ini. Pelbagai kisah viral sehingga membuatkan penyanyi Siti Sarah Raisuddin rasa tertek4n.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Siti Sarah meluahkan apa yang dirasakan.
“Buka je media sosial, rasa nak jerit. Mana tidaknya, kes cvbit anak, kes pompuan men1pu, kes pompuan kene pukvl kes sam4n.
“Kes siapa yang betul siapa yg lemah dalam bersukan, kes promosi produk luar istana (eh aku ke tu), kes v1rus yang terus jahat dan macam-macam lah. Sarah takutttttt,” tulis Sarah di Instagramnya.
Sarah memohon netizen agar dapat rehat dan bertenang buat seketika.
“Janjiiii. Boleh tak kita semua sit down and relax. Positif dan selalu cipta bahagia boleh tak. Diam sekejap. Ok, jom ketawa! say no to anxiety!” tulis Sarah lagi.
Dalam seminggu kebelakangan ini memang terlalu banyak perkara yang berlaku dalam bidang seni. Kes isteri Da’i yang didakwa menipu, kes usahawan yang didakwa mendera anak tiri, kes pemain bola sepak dan kekasihnya serta banyak lagi.
Imbas kembali persembahan Siti Sarah dalam Gegar Vaganza pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak