Perginya meng3jut, bapa tungg4l h1ba anak 4 bulan demam panas rindukan ibu – “Saya gantung baju arw4h tepi baby coat, pakai minyak wangi arw4h”

KEHILANGAN teman hidup sememangnya amat pahit untuk ditelan.

Apatah lagi pemergian insan tersayang berlaku dengan begitu pantas tanpa sempat men1ngg4lkan pesan.

Buat lelaki ini, tanggal 20 Januari 2020 pasti tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.

Pada tarikh itulah, isterinya menghembuskan nafas yang terakhir men1ngg4lkan dirinya bersama dua anak yang masih kecil.

Sekalipun sudah lebih sebulan tragedi sed1h itu berlalu, namun semuanya masih segar di ingatan lelaki bernama Azlan Adnan ini.

“Semuanya berlaku dengan pantas, pagi itu kami pergi ke h0sp1tal… Ketika itu isteri masih sihat, tidak perlu pun jalan berpimpin. Namun tidak berapa lama kemudian, dia sudah berada dalam keadaan separa sedar.

Azlan bersama dua cahaya matanya, Nick Ammar dan Nick Zulaikha.

“Dia tidak mampu membuka mata atau memberi sebarang respons. h0sp1tal yang kami pergi tiada kepakaran dan kami diminta supaya berpindah ke h0sp1tal lain.

“Pada malam itu ketika isteri terbaring di katil, saya civm pipi dan memeluknya sambil bisikkan ‘Bangunlah sayang, anak-anak masih kecil’. Kelihatan air matanya mengalir.

“Beberapa saat kemudian, saya lihat pernafasannya tidak seperti biasa. Saya cuba rasa denyutan nadinya, seperti tak ada. Terus saya panggil jururawat. Memang isteri hembuskan nafas terakhirnya, sebelum sempat kami pindah ke h0sp1tal lain,” ujar lelaki berusia 38 tahun ini.

Menurut Azlan, isterinya Nordiana Bidin menghembuskan nafas terakhir pada usia 35 tahun disebabkan menghidap aneurysm.

 

Saya tak mahu dia rasa ‘kehilangan’, jadi saya gantungkan baju arw4h isteri di tepi baby coat. Saya akan pakai minyak wangi arw4h isteri supaya dia rasa masih dekat dengan ibunya.

AZLAN ADNAN

BAPA

“Kira-kira sepuluh hari sebelum men1ngg4l, isteri ada mengadu sakit kepala, dan muntah-muntah… dalam masa sama, dia juga kata mempunyai masalah penglihatan.

“Memang tak sangka rupa-rupanya simptom yang dialami isteri membawa kepada kematiannya, tak sangka sebab isteri dalam keadaan sihat sebelum ini,” ujarnya.

Menurut Azlan yang juga Pengurus Cawangan Perodua di Mid Valley, Kuala Lumpur, sungguhpun masih kecil, namun anak sulungnya yang bernama Nick Ammar amat bijak dan dapat memahami bahawa ibunya telah tiada.

Anak sulung Azlan, Nick Ammar dapat memahami hakikat bahawa ibunya sudah men1ngg4l dunia. 

“Walaupun usianya dua tahun dua bulan ketika itu, tapi dia faham apa yang saya beritahu kepadanya. Saya beritahu ibunya ada dengan Tuhan… malah ketika pengebumian, saya beritahu ibunya tidur di dalam kubur.

“Beberapa hari pertama, dia tanya juga ‘malam ni ibu tidur di atas ke?’. Saya akan terangkan dan dia faham. Cuma adiknya, Nick Zulaikha yang baru sahaja berusia empat bulan ketika itu, mengalami demam panas selepas dua hari ibunya pergi.

“Saya tak mahu dia rasa ‘kehilangan’, jadi saya gantungkan baju arw4h isteri di tepi baby coat. Saya akan pakai minyak wangi arw4h isteri supaya dia rasa masih dekat dengan ibunya,” ujar Azlan.

Tambah bapa tunggal ini lagi, pemergian isterinya memberi kesan yang amat mendalam memandangkan dia kini perlu memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada dua cahaya mata yang masih kecil.

Nick Ammar melihat gambar arw4h ibunya untuk melepaskan perasaan rindu.

“Sebulan selepas isteri pergi, saya ambil cuti selama sebulan demi memberi tumpuan kepada anak-anak. Segala kerja rumah saya lakukan sendiri.

“Masa itu, saya rasa nak berehat seminit pun tak dapat sebab perlu uruskan hal rumah dan anak-anak. Pada ketika itulah, baru saya sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri dan ibu.

“Jadi bagi mereka yang masih ada suami mahupun isteri, hargailah pasangan masing-masing. Jangan anggap remeh apa yang pasangan anda lakukan kerana setiap orang ada peranan masing-masing. Sementara mereka masih ada, hargailah dan luangkan masa bersama-sama,” katanya mengakhiri bicara.  

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar