Ketika ada pelakon yang dapat menunaikan ibadat Haji tahun ini akhirnya pelakon Bella Astillah juga memberitahu sudah tiba masanya dia membawa anaknya, Mohamad Ayden Adrean serta keluarganya untuk menunaikan umrah pada awal September depan.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabella Awang Astillah, 25, berkata dia sudah lama menyimpan impian untuk membawa kedua-dua orang tuanya ke Tanah Suci Makkah. “Insya-Allah awal September depan saya, Ayden dan keluarga akan menunaikan umrah. Sebenarnya sebelum berpisah dengan bekas suami lagi saya dah simpan impian ini.
“Memang dari awal lagi, saya teringin sangat nak bawa ibu dan bapa saya pergi umrah tapi tidak berkesempatan. Alhamdulillah, sudah tiba masa yang sesuai untuk saya bawa mereka. Selain saya dan keluarga, rakan rapat saya serta keluarganya juga akan turut serta tunai umrah bersama kami,” katanya kepada mStar.
Bella memang sudah lama menyimpan impian ingin membawa keluarga menunaikan umrah.
Bella ditemui ketika sidang media telefilem Kerusi kecil dan majlis doa selamat produksi Adtisha Productions Sdn Bhd di SkyArena, Setapak, Kuala Lumpur pada Jumaat. Bella dan penyanyi Aliff Aziz berpisah pada 16 Mei lalu selepas hal melibatkan bekas suami yang didakwa berlaku berbagai hal tidak dingini bersama beberapa wanita sepanjang perkahwinan mereka.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Ayden Adrean berusia dua tahun. Dalam pada itu, Bella menjelaskan dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya pada keluarga dan belum terfikir untuk mencari pasangan hidup yang baru selepas berpisah dengan Aliff.
Bella dan anak tersayang, Ayden Adrean.
“Saya Percaya Pada Jodoh” Menurutnya, hubungan dia dengan Zizan hanya sekadar rakan sahaja dan kehadirannya di majlis sambutan hari lahir ibu pelawak itu hanya secara kebetulan. Malah, ibu dan keluarganya turut berada di lokasi yang sama ketika itu namun mereka hanya menunggu di dalam kereta sahaja.
“Sejujurnya, sekarang ini keutamaan dan tumpuan saya hanya pada anak dan keluarga saya sahaja. Tak terfikir untuk bercinta atau mencari pasangan buat masa sekarang.Bella menafikan gossip cinta dengan Zizan Razak.
“Saya percaya pada jodoh. Kalau ada jodoh dengan yang lama, ada la. Tapi sekarang ini, saya tak nak fikirkan lagi soal perkara itu. Mengenai kehadiran saya di majlis hari lahir ibu Zizan tu pula, ia secara kebetulan sahaja bukan perancangan kami. Malah, ibu dan keluarga saya juga ada ketika itu tapi mereka tunggu dalam kereta,” ujarnya.
Sebelum ini, video Zizan pertama kali membuat kejutan hari lahir ibunya yang dimuat naik di Instagramnya pada 12 Ogos lalu menarik perhatian warganet. Rata-ratanya teruja melihat kedatangan bekas isteri kepada penyanyi Alif Aziz itu di acara tersebut dan membuat spekulasi mereka mempunyai hubungan istimewa.
Walaupun begitu kita doakan agar Bella dapat membawa anaknya Ayden dan orangtuanya menunaikan umrah dan mendapat suami yang soleh di masa akan datang.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar