CEF selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 42, mengakui beliau sangat menjaga pemakanan hariannya kerana tiada masa untuk bersenam di gimnasium.
Fazley berkata walaupun beliau memasak makanan enak setiap hari kerana kerjaya sebagai cef tetapi untuk dirinya sendiri sangat cerewet terhadap makanan.
“Kalau nak tahu, saya tak ambil gula sudah enam tahun. Jika ambil gula pun hanya satu sudu saja sekadar cukup rasa.
“Saya tak ada masa nak pergi gimnasium. Jadi, saya memang tak boleh jadi abang sado. Justeru, untuk elak ada perut dan nampak ‘chubby’, saya kena jaga makan,” katanya.
Fazley yang turut dikenali sebagai penyanyi dan pelakon berkata bila sudah lama tidak makan manis, sekarang makanan bergula sudah tidak boleh diterima
“Saya hanya makan manis sekadar rasa. Apabila makan manis yang berlebihan sudah pasti saya akan pening kepala.
“Apapun, di restoran saya memang makanan seperti kuih-muih dan air yang dihidangkan tidak manis dan kosong gula,” katanya.
Ditanya apakah kesibukan yang menghalang beliau ke gimnasium untuk bersenam, Fazley berkata sukar untuknya berjauhan lama dengan isteri dan anak-anak.
“Jika ke gimnasium, saya pasti memerlvk4n masa sekitar dua atau tiga jam untuk bersenam. Jadi, saya kurang masa dengan keluarga.
“Siang, saya sibuk dengan kerja. Hanya malam, waktu bersama keluarga. Lagi pun, kalau ke gimnasium saya tidak boleh bawa anak-anak,” katanya.
Menurut Fazley, kini bermain badminton adalah sukan utamanya. Ujarnya, dalam satu minggu beliau akan pergi ke gelanggang badminton dua atau tiga kali selama sejam.
“Malah, ada kalanya saya akan membawa anak-anak pergi main bersama. Secara tidak langsung, ia menjadi aktiviti keluarga,” katanya.
Selain itu, Fazley juga menyarankan orang ramai supaya melakukan pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Katanya, walaupun tidak ada masalah gula atau tekanan darah, pemeriksaan perubatan penting di lakukan sebagai usaha menjaga kesihatan.
Terdahulu, Fazley ditemui pada sesi mempekenalkan buffet sajian merentasi zaman yang disediakannya sempena Ramadan nanti di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur.
Pelbagai makanan enak membabitkan negeri-negeri di Malaysia akan dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa di hotel itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Metro