Berjauhan bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi bila berjauhan dengan ibu sendiri. Pastinya perasaan rindu sentiasa membuak-buak.
Itulah yang terjadi kepada ibu kepada Mawar Rashid, Marinee Abdullah yang berjauhan dengan ibunya yang berasal dari Chiangmai, Thailand.
Menurut Mawar, ibunya yang ketika itu berumur 24 tahun berpindah ke Malaysia apabila berkahwin dengan ayahnya, Wan Abdul Rashid (arw4h) dan men1ngg4lkan keluarganya di Chiangmai.
Berpakat dengan adik beradiknya, Mawar membuat kejutan untuk ibu tersayang apabila secara diam-diam membelikan tiket kapal terbang untuk nenek dan makciknya datang ke Malaysia.
“Surprise Mommy! Tiap kali tengok, mesti mengalir air mata. Surprise from us to you mommy. Kasih sayang antara anak dan ibu.
“Mawar & siblings buat surprise kat mommy, kami diam-diam beli ticket nenek & aunty dari Chiangmai datang ke sini untuk jumpa mommy.
“Alhamdulillah, Mommy menangis happy gile dapat duduk dengan nenek kat sini. Nenek akan duduk sebulan kali ni. Last nenek datang 2 tahun lepas, masa wedding Mawar. Sebenarnya Atok Mawar baru men1ngg4l 6 bulan yang lepas,” tulis Mawar pada IGTV di Instagram miliknya.
Menurut Mawar, dia sendiri tidak dapat membayangkan hidup berjauhan dengan ibunya dan perkara itu membuatkan dia faham perasaan ibunya.
“Mommy, you’re a super woman! Mommy memang jadi contoh yang terbaik untuk kitorg. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar mommy. Adik bangga ngan mommy. Terima kasih sebab banyak berkorban untuk kita orang,” tulis Mawar lagi.
Tambah Mawar, perasaan paling bahagia bila kita dapat membuat ibu kita gembira.
Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkahwin dengan Raden Ahamd Faizal Yaakob pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Imbas kembali lakonan Mawar Rashid dalam TQ Captain pada telefon pintar anda melalui Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak