Pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar tidak mahu terkejar-kejar untuk menikmati percutian bulan madu selepas perkahwinan.
Menurut Shazli, memandangkan penularan wabak COVID-19, mereka menangguhkan sebentar bulan madu yang telah dirancang.
“Sekarang semua tengah berjaga-jaga dengan Coronav1rus, risau juga. Insya-Allah kami ada plan tapi tak rushing la,” kata Shazli kepada Gempak.
Emma dan Shazli ditemui selepas majlis persandingan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya pada Sabtu.
Tambah Emma pula, dia akan sibuk dengan penggambaran sejurus selepas resepsi perkahwinan dan menunggu masa yang sesuai untuk percutian bersama suami.
“Lusa saya dah masuk set shooting dan saya ada cakap dengan suami untuk rancang bulan madu kita lepas raya.
“Dia pun faham dan kami pun tak nak terkejar-kejar. Bila masing-masing free je nanti, boleh terus pergi,” kata Emma lagi.
Pada majlis bertemakan warna hitam itu, Emma, 27, dan Syazli, 32, tampak mewah mengenakan busana perkahwinan rekaan pereka Rizman Ruzaini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan selebriti.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak