Mengejvtkan hubungan Syafiq Kyle dengan Mimi Lana dah berakhir? Tak sangka ini jawapan padu Mimi Lana.

Baru-baru ini ada desas-desus mengatakan hubungan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle sudah berakhir. Mengulas tentang perkara tersebut, Mimi Lana menafikan khabar angin itu dan menganggap ia hanya andaian warganet.

“Kami masih okay. Masih berkawan seperti biasa. Saya tidak ada apa-apa lagi hendak dikatakan kerana cerita itu pun keluar dari mereka (warganet). Mereka yang buat cerita tu. Mengapa berita macam itu timbul pun saya tak tahu kerana tak boleh nak ‘control’ apa yang mereka fikir.

“Jadi, terpulanglah kepada mereka. Saya akan hanya akan fokus kepada kerja dan lakukan apa yang saya suka,” katanya. Mimi Lana ditemui wartawan HLive! ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada Jun lalu, Mimi dan Syafiq mendedahkan hubungan cinta mereka yang sudah terjalin sejak empat tahun lalu. Pasangan ini bagaimanapun lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka menceritakan tentang hubungan mereka. Manakala Syafiq Kyle berkata dia tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan istimewa dengan Mimi Lana walaupun ia mula dihidu peminat sejak sekian lama.

Kata Syafiq dia mempunyai pendirian tersendiri dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum. “Saya tak berapa hard sell sangat dalam perhubungan saya. Bukan semua orang nak tahu hal peribadi, saya ada cara tersendiri,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Artikel berkaitan : Bakal Mendirikan Rumahtangga Pada Tahun Ini. Akhirnya Syafiq Kyle Tampil Buka Mulut Luahkan Sesuatu Tentang Perkahwinan Buat Warganet Terkedu.

Pelakon popular Syafiq Kyle akui ada punyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga namun masih dalam proses mempersiapkan diri ke arah itu. Jelas Syafiq, 28, faktor jadual kerjaya yang tidak menentu menjadi salah satu punca dia masih belum punyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Untuk mendirikan rumah tangga itu impian setiap lelaki dan saya pun ada memasang impian dan niat itu. “Malah, keluarga saya pun selalu menasihati kalau berkawan dengan wanita, jika tak ada duit nak berkahwin kena pasang niat berkahwin. Tapi itulah, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi…

“Mungkin sebab jadual kerjaya masing-masing. Baik saya mahupun pihak wanita, kami hormati waktu masing-masing. “Malah, keluarga pun menyerahkan kepada kami untuk memilih memandangkan kerjaya dalam bidang ini (lakonan) pun tidak menentu,” jelasnya.

Syafiq yang ditemui pada pertunjukan fesyen Summeraya 2020 Rico Rinaldi di GMBB Kuala Lumpur mengakui sentiasa mempersiapkan diri untuk bergelar ketua keluarga. “Apa yang saya perlu buat ialah mempersiapkan diri saya terlebih dahulu untuk menjadi ketua keluarga dan suami.

“Malah, saya juga perlu melunaskan tanggungjawab saya sebagai seorang anak yang bertanggungjawab sebelum menjaga anak orang. Itu lebih penting daripada fikir soal bila nak kahwin,” tambah Syafiq. Seperti umum mengetahui hubungan cinta Syafiq dan aktres Mimi Lana sudah terjalin sejak lima tahun lalu dan ramai yang menjangkakan pasangan itu antara yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Sementara itu, pembabitan Syafiq bersama pereka fesyen Rico Rinaldi merupakan usahasama pertama mereka dalam menghasilkan rekaan baju lelaki yang kasual dan selesa digayakan bukan hanya lebaran tetapi juga acara lain.

“Saya terlibat dengan pemilihan fabrik dan beberapa rekaan untuk koleksi ini. Sememangnya kerjasama dengan Rico Rinaldi memang saya nanti-nantikan sejak lama,” ujarnya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Manis habis gambar Mimi Lana dan Syafiq Kyle. Caption mereka buat ramai yang cair

Meskipun pernah mended4hkan tentang hubungan sebenar mereka berdua, pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana jarang sekali memuat naik foto atau menulis kapsyen bersemut menerusi laman sosial Instagram. Bahkan, mereka juga kurang terpalit dengan kontroversi melibatkan kisah cinta mereka dan pada Jun tahun lalu,

Mimi Lana dan Syafiq Kyle mended@hkan hubungan cinta mereka sudah terjalin sejak empat tahun lalu. Dilaporkan juga, mereka lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka menceritakan mengenai hubungan terjalin antara mereka. Pasangan ini ketika membintangi sebuah filem

Bagaimanapun, terbaru pula Syafiq Kyle ada memuat naik foto dia bersama Mimi Lana dan ternyata perkongsian ini meraih perhatian peminat dan pengikut. Foto Syafiq Kyle dengan Mimi Lana jadi perhatian ramai. Syafiq Kyle yang merupakan salah seorang pelakon lelaki paling menjadi perhatian dalam industri hiburan tanah air membuatkan peminatnya patah hati melihat kemesraan pasangan ini.

Siapa menyangka, dalam masa sekejap juga lebih 2 ribu respon ditinggalkan menerusi ruangan komen peminat dan pengikut buat Syafiq Kyle dan Mimi Lana. Ada peminat turut merasa cembvru namun peminat turut mengatakan mereka sangat sesuai. Perkongsian foto berkenaan turut mendapat hampir 100,000 tanda suka daripada peminat dan pengikut dan ini antara komen mereka buat pasangan ini.

“Ped1h”

Tolak gelaran ‘hero romantik’

WATAK Ustaz Adam lakonannya dalam drama rantaian popular, Nur dan Nur 2 yang bersiaran di TV3 masih melekat di hati penonton hingga ke hari ini. Ia pembawa tuah buat Syafiq Kyle apabila kian popular dan menjadi rebutan pelbagai pihak.

Syafiq, 26, menzahirkan rasa syukur menjadi sebahagian daripada keluarga Nur dan Nur 2 kerana tawaran drama dan filem tidak putus diterimanya selepas itu. “Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah. Namun, saya kena memilih agar tidak membawa watak yang lebih kurang sama.

“Saya tidak mahu digelar pelakon hero romantik dalam kisah cinta saja. “Saya sentiasa mencari kelainan dan kalau boleh mahu berlakon dalam pelbagai genre. “Pada masa sama, saya mahu beri peluang kepada pelakon muda lain mencuba watak sedemikian,” katanya.

Selepas filem Pusaka kata Syafiq, dia akan berlakon dalam filem genre aksi pada Oktober nanti. “Saya akan menjalani sesi latihan pada September ini. Buat masa ini saya belum boleh bercerita mengenai projek ini. “Filem Pusaka pula akan ditayangkan pada Oktober nanti.

Manakala, filem Nur 2 pula dijangka memulakan penggambaran pada Februari atau Mac tahun depan,” katanya. Pada masa sama, kata Syafiq, impian untuk beraksi dalam teater kesampaian menerusi Teater Malayu-Pawana Isabella yang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 21 Ogos lalu hingga 31 Ogos ini.

“Diakui ia naskhah berat tetapi banyak ilmu saya raih dalam teater ini. Jika ada tawaran berlakon teater lagi, saya akan mempertimbangkan naskhah yang lebih ringan dan menghiburkan,” katanya. Perkembangan lain, Syafiq terbabit dalam Festival Perlumbaan Toyota Gazoo dan dilantik sebagai duta 100 Plus.

Bangga bawa watak raja

Mengulas lakonannya sebagai raja dalam pementasan Teater Malayu-Pawana Isabella arahan pengarah bersama Erma Fatima dan Naque Ariffin, kata Syafiq, masih banyak kelemahan perlu dibaiki dari semasa ke semasa. Dalam teater itu, Syafiq bergandingan dengan Janna Nick dan Azar Azmi selaku teraju utama.

“Ia julung kali saya beraksi di pentas teater. Sebagai pelakon, saya akan memperbaiki prestasi persembahan setiap hari seperti di kehendaki watak dan skrip. “Saya juga banyak menimba ilmu daripada kak Erma Fatima, Naque serta pelakon Jay Iswazir membabitkan teknik, lontaran vokal serta tenaga di pentas,” katanya.

Syafiq berpendapat kejayaan sesebuah pementasan membabitkan kerjasama berpasukan sepanjang lebih sebulan berlatih. “Saya tidak boleh mementingkan diri sendiri dan peka dengan dialog pelakon lain membabitkan watak Permaisuri Isabella lakonan Janna Nick dan Permaisuri Tishaku (Azar Azmi) serta pembesar negeri.

“Apa yang mencabar adalah menghafal dialog raja membabitkan manifesto negara. “Saya berlatih setiap hari untuk menghafal dialog dan berasa lega setiap kali selesai babak terbabit. “Banyak yang dipelajari membabitkan pementasan ini kerana menjiwai watak sebagai raja saya mula nampak kelebihan dan kelemahan bangsa Melayu,” katanya.

Teater ini dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Johan Raja Lawak, Ozlynn Waty, Datuk Afdlin Shauki, Datin Paduk4 Umie Aida, Datuk Ziela Jalil, Shahronizam dan Anas Ridzuan. Mengulas sisi peribadinya pula, Syafiq tetap dengan pendirian enggan berkongsi perkembangan kisah cintanya dengan pelakon cantik Mimi Lana termasuk perancangan ke jenjang pelamin.

“Saya sudah berkongsi mengenai status sebenar hubungan kami dengan pihak media sebelum ini. “Justeru, saya berharap diberikan ruang dan sedikit privasi mengenai hubungan kami. “Saya juga mohon semua pihak menghormati permintaan ini kerana tidak mahu kisah cinta dicampur- adukkan dengan karier seni,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.metro.allnws.com