“Alhamdulilah Hadiah Dari Allah…”- Terima Kejvtan Birthday Dari Isteri, Rody Kristal Bakal Timang Anak Ke-2

Anggota kumpulan Kristal, Rody bersyukur apabila sempena ulang tahun kelahirannya ke-34, isterinya kini disahkan hamil bayi kedua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@adithya_jabbar daddy Perak.. Mommy Johor.. tumpang gembira tengok stadium dan pengurusan team ni.. 😊 @officialjohor

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on

Rody Kristal mengumumkan berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Happy birthday to me! 34 dah.. Terima kasih sayang buat kejutan untuk I tiap-tiap tahun.. 

“Tapi dah pesan siap-siap nak surprise kena jimat-jimat hehe.. love u sayang! 

“Alhamdulilah hadiah dari Allah.. Tahniah abang @adithya_jabbar ! Hehe..terima kasih sayang,” katanya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama isteri di sambutan hari jadinya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun serta tahniah di atas berita gembira itu.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkahwin dengan Niena yang juga penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Adithya Jabbar yang berusia setahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  Gempak