Nama Rozi atau lebih dikenali dengan panggilan Rozi Sang Dewi tidak perlu diperkenalkan lagi. Statusnya sebagai kakak ipar juga merangkap PA kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza menjadikannya turut terp4lit dengan populariti yang dimiliki oleh adik iparnya itu.
Boleh dikatakan dalam setiap majlis atau event yang dihadiri oleh Tokti pasti akan ditemani oleh kehadiran Rozi di sisi.
Kalau melihat kepada perkongsian menerusi akaun instagram, Rozi memang nampak begitu rapat dengan Tokti. Perkahwinan antara Rozi dan juga Ayie iaitu abang kepada Tokti telah mengurniakan kedua pas4ngan ini 3 orang cahaya mata.
Namun sejak beberapa tahun yang lalu, Rozi tidak lagi berkongsi gambar bersama-sama Ayie. Rozi kelihatan lebih selesa berkongsi aktiviti riadah dan percutian bersama tiga orang anaknya tanpa Ayie di sisi. Ini menimbulkan tanya tanya netizen tentang status terkini Rozi sama ada dia masih isteri Ayie atau sebaliknya.
Setelah sekian lama mengunci mulut tentang isu ini, Rozi akhirnya bersuara tentang statusnya dengan netizen dalam satu video temu ramah yang dimuat naik menerusi akaun instagramnya bersempena Hari Wanita.
Dalam video tersebut, Rozi memberitahu bahawa dia sudah pun bergelar ibu tunggal sejak lebih dua tahun yang lalu. Rata-rata ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat lebih awal telah mengetahui tentang statusnya itu.
Kongsinya lagi, dia dan bek4s suami ke mahkamah untuk sama-sama memutuskan berpis4h sebagai langkah yang terbaik bagi kedua-dua pihak.
Memandangkan Rozi tidak pernah menghebahkan tentang perpis4hannya bersama bekas suami, maka ramai netizen yang h4iran setiap kali melihat Rozi memuat naik gambar bersama anak-anaknya tanpa ayah mereka di sisi.
Begitu kuat seorang ibu tunggal ini menyimpan rahsia selama bertahun lamanya. Ada netizen yang turut akui yang kehebatan Tokti adalah turut didorong oleh kehebatan wanita di belakangnya iaitu Rozi.
Tidak ada seorang wanita pun yang mahukan perkahwinannya diakhiri oleh pencer4ian. Namun sekuat mana pun kita merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang. Semoga ikatan kekeluargaan antara Rozi dan juga Tokti akan berkekalan sampai bila-bila.
Sumber: Ig Rozisangdewi
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: orenlaici