Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang merupakan abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyertai Umno dengan menggambarkan bahawa parti itu sebagai platform yang paling stabil untuknya menyumbang kepada negara.
Syed Abullah mengesahkan penyertaannya kepada parti itu dalam mesej teks kepada Malaysiakini petang ini.
“Saya dapati Umno sebagai parti yang paling stabil dan membantu dari segi ekonomi kepada negara kita dan saya ingin turut menyumbang kepada Malaysia.
“Pilihan saya untuk menyertai Umno tidak dipengaruhi oleh media sosial, kawan atau keluarga. Ini pilihan saya sendiri,” katanya.
Menjawab soalan yang diajukan, pemegang ijazah kejuruteraan aeroangkasa dari AS itu berkata beliau tidak menjangkakan keputusannya itu akan menjejaskan hubungan dengan keluarganya.
Sentiasa sokong adik
“Pilihan saya dalam menyertai Umno tidak akan menjejaskan hubungan saya dengan keluarga saya. Memandangkan mereka adalah keutamaan, saya akan sentiasa menyokong adik saya (Syed Saddiq),” katanya.
Sementara itu, Exco Pemuda Umno Shahrul Nasrun Kamaruddin berkata keputusan Syed Abdullah untuk menyertai Umno menunjukkan bahawa parti itu masih relevan dengan golongan belia.
Syed Saddiq, yang merupakan menteri belia dan sukan sebelum kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Feb, merupakan pengkr1tik kuat Umno.
Dalam wawancara baru-baru ini dengan Al-Jazeera, Syed Saddiq menyatakan kekec3waannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu, telah membentuk satu gabungan baru yang terdiri daripada ahli parlimen Umno, BN, PAS dan GPS untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
Syed Saddiq merupakan antara pemimpin Bersatu yang kekal setia kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Beliau (Muhyiddin) adalah seperti seorang bapa kepada saya. Salah satu sebab mengapa saya menyertai politik adalah kerana beliau. Beliau adalah salah seorang yang melawan klept0krat global, yang dip3cat oleh partinya (Umno) kerana mel4wan klept0krat global.
“Saya menyertai partinya (Bersatu) sebagai salah seorang pengasas bersama. Ibu saya di4ncam, dia seorang guru, dan dia di4ncam oleh kerajaan ketika itu […]
“Apa yang benar-benar mengec3wakan saya ialah hari ini, ketua parti saya sendiri, ‘bapa’ saya, memutuskan untuk membuka pintu kerajaan dan demokrasi Malaysia kepada kl3ptokrat yang sama yang menganc4m saya (dan) keluarga saya, yang mem3catnya dan meng4ncam keluarganya. Dan kini (beliau) bekerjasama dengan mereka,” katanya dalam temu bual itu.
Menarik Tentang Syed Abdullah
Persis model antarabangsa yang memiliki wajah yang tampan dan segak.. Abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq.. Syed Abdullah seorang yang mementingkan gaya hidup sihat. Masa yang terluang banyak dihabiskan di gym dan mengembara.. Seorang yang punyai kasih sayang yang tinggi terhadap binatang. Beliau memelihara kucing di rumah.. Seorang yang aktif di Instagram dan kini mempunyai 54k follower.. Syed Abdullah menerima tempias ketampanan adiknya iaitu YB Syed Saddiq.. Populariti beliau meningkat apabila memuat naik sekeping foto. di akaun Instagram menerusi sebuah entri terbaru. Foto tersebut menunjukkan Syed Abdullah bersama aktres Emma Maembong menghadiri sebuah majlis perkahwinan kenalan rapat mereka.
Syed Saddiq seru semua ahli parti mel4wan klept0krat
Sementara itu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa anggota-anggota partinya untuk tidak hanya berdiam diri, tetapi untuk bangkit men3ntang pemimpin kl3ptokrat dalam gabungan kerajaan baru.
Katanya, seruannya itu bukan soal “memecahb3lahkan Bersatu”, tetapi soal prinsip prinsip dan pendirian parti.
“Dalam Bersatu, kita tak boleh berdiam diri. Ini bukan soal nak memecahb3lahkan Bersatu. Ini soal pendirian prinsip Bersatu, menolak rasuah, menolak keti1dakadilan!” katanya disambut tepukan gemuruh dan laungan “lawan” oleh kira-kira 200 penyokong.
Beliau berkata demikian ketika berucap di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir di Alor Setar, malam semalam.
Katanya, memandangkan Kedah terkenal sebagai kubu kuat Dr Mahathir Mohamad, dia menggesa agar anggota parti negeri itu terus “kekal setia” dan terus berjuang bersama pengasas serta pengerusi Bersatu tersebut dalam mencapai “perjuangan asal” parti berkenaan.
“Letakkan tepi jawatan, kuasa dan kewangan. Kalau dahulu kita boleh bersusah untuk mengembalikan maruah negara, bangsa kita, pada hari ini, tidak ada alasan untuk kita terus berjuang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
“Mana masa depan parti kita?
“Kita berjvang berhabis-habisan menentang pemimpin rasuah kleptokrat ini, kita dapat tubuhkan kerajaan, bersihkan kerajaan.
“ (Apa) Ertinya kita jemput mereka balik? Haih, buat apalah saya masuk politik. Baik saya duduk diam saja. Biar mereka menang saja. Tak ada beza,” kata Syed Saddiq.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:DUNIADANAKHIRAT