“Ada Yang Tegur ‘Hai’, Minta Nombor Telefon Dia. Padahal Aku Dekat Tepi Ingat Aku Ni Batu Ke Apa?” Alif Hadi Perjelas Hubungan Dengan Zizi Kirana

Pelakon Alif Hadi akui dirinya sudah tujuh tahun berkawan rapat dengan penyanyi, Zizi Kirana.

Bahkan jelasnya lagi, dia tidak menolak jika selepas ini hubungan mereka akan ke fasa seterusnya kalau ada jodoh.

Pun demikian, pelakon Bulan & Pria Terhebat itu bagaimanapun tidak mahu terburu-buru.

“Sebenarnya saya memang berkawan rapat dengan Zizi dan kami masih saling mengenali hati budi masing-masing. InsyaAllah kalau ada jodoh, saya tidak menolak.

“Hampir tujuh tahun berkawan rapat. Bagaimanapun kami tidak mahu terburu-buru memandangkan masing-masing ada kerjaya yang perlu diutamakan terlebih dulu. Kalau ada jodoh adalah.

“Saya gemar berkawan dengan dia kerana perwatakannya itu sendiri. Jadi saya selesa dan kami sekepala, punya minat yang sama dan saya senang untuk get along dengannya.

“Jadi atas apa yang orang luar bercakap mengenainya, saya tidak kisah sebab saya kenalinya dari hati dan dirinya sendiri,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Alif,32, ditemui pada pelancaran filem berkenaan di The Starling Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ditanya mengenai penerimaannya terhadap penampilan penyanyi Eh itu, Alif ada jawapannya sendiri.

“Seksi tu… Siapa tak nafikan, saya rasa lelaki semua suka s3ksikan? Misalnya kalau jalan bersama tapi pandang awek s3ksi, baik aku pandang dia.

“Kalau pandang orang lain nanti ‘kena lempangkan’. Jadi bagi saya itu tiada masalah.

“Saya terima dia seadanya, sangat selesa berkawan. Bagi saya perwatakannya sebagaimana di sosial media dan realitinya, sama saja. Sebab itulah saya suka dengan sikapnya itu,” terangnya lagi.

Pada masa sama, bintang ini juga lebih selesa untuk tidak mencampuri urusan peribadi dan kerjaya.

“Ada je kalau saya keluar dengan dia, ada yang tegvr ‘hai’, minta nombor telefon dia. Padahal aku dekat tepi ingat aku ni batu ke apa.

“Apa pun, saya tidak mahulah libatkan hal peribadi dengan kerjaya. Kadang-kadang mungkin ada yang akan salah faham. Kalau boleh saya cuba pisahkan perkara itu,” katanya.

Mengulas mengenai populariti yang dilakar Zizi ketika ini apabila barisan lagu-lagunya kian mendapat perhatian, Aliff akui tiada istilah makan hati.

Sebaliknya dia tumpang bangga atas kejayaan yang dilakar temannya itu.

“Saya tidak makan hati kerana saya terima dia seadanya. Dari dulu saya kenal dia macam mana. Dengan populariti yang diraih Zizi, saya gembira untuknya.

“Tiada istilah makan hati, malah saya lagi suka lihat dia berjaya,” akhiri Alif.

Terdahulu, filem  Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production turut dibintangi Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman dan Zizan Razak.

Pelakon lain yang turut terlibat termasuk Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Sumber: MH

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Note Untuk Awak