Berpakaian s3ksi bukan nak ‘umpan’ lelaki – Elizabeth Tan

KUALA LUMPUR: Tidak pernah menganggap foto dikongsi di Instagram (IG) keterlaluan, penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan menolak dakwaan sengaja berpakaian s3ksi untuk ‘mengumpan’ lelaki.

Elizabeth yang selesa dipanggil Lizzie memberitahu, selagi ibu tidak menegur caranya berpakaian dalam foto dikongsi di IG, dia tidak akan menganggap aksinya ‘over’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tunggu u balik rumah… hehehe 😂

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on

“Jika pakaian saya keterlaluan, saya yakin ibu menjadi orang pertama menegur dan meminta saya menukarnya.

“Lagipun, apa salahnya berpakaian mengikut cita rasa kerana saya masih muda? Saya bukan berpakaian terlalu s3ksi seperti bintang K-pop yang mengenakan baju singkat. Saya tidak akan memuat naik foto jika berpakaian begitu.

“Saya hanya muat naik foto yang disukai peminat sahaja,” katanya kepada BH Online.

Dek gambar yang dikatakan s3ksi, gadis berusia 27 tahun ini dilihat sering menerima komen ‘tidak senonoh’ daripada pengikut lelaki di laman sosial.

Menafikan dirinya ‘simbol s3ks’, Lizzie berkata, banyak akaun lain boleh dijadikan rujukan, bukan IG miliknya sahaja.

“Kalau tidak membelek akaun saya, mereka boleh tengok benda lain.

“Setakat ini, saya tidak pernah rasa ter4nc4m dengan membaca komen ditinggalkan pada foto saya. Jika ada yang dilihat terlalu keterlaluan, saya akan pad4m dan sekat,” katanya.

Lizzie mengaku membaca setiap komen dilayangkan peminat.

“Jika ada komen mengatakan foto kurang sesuai dan sebagainya, saya akan mohon maaf. Tetapi setakat ini, tiadalah komen yang terlalu men1ngg4lkan kesan kepada saya.

“Selain itu, saya tidak pernah terima ‘benda’ bukan-bukan daripada peminat. Saya jarang buka mesej langsung (DM) yang dihantar, biasanya pembantu yang baca.

“Cuma, pernah sekali, ada orang ‘tag’ nama saya untuk sekeping foto wanita tanpa seurat benang. Saya lihat pada foto itu, wajah saya, tetapi badan orang lain.

“Saya tidak rasa apa-apa, cuma kelakar kerana terang-terangan gambar itu bukan saya,” katanya yang bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Escape, akhir bulan ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online