Jadi jutawan dan miliki wisma sendiri, Aeril imbau kenangan susah senang bersama Wawa

Berkat usaha dan kesungguhan tidak mustahil sesiapa sahaja mampu untuk berjaya. Begitu juga dengan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang kini sudah bergelar ahli perniagaan yang berjaya.

Baru-baru ini, Aeril menerusi perkongsian di IG telah meluahkan rasa syukur kerana hasil usahanya bersama isteri sejak tiga tahun lalu akhirnya membuahkan hasil apabila dia kini berjaya memiliki wisma sendiri.

Mengimbau kenangan ketika di awal permulaan perniagaan Wawa Cosmetics, Aeril berkata dahulunya mereka hanya bekerja dari rumah sahaja.

Kata Aeril, setiap urusan jual beli termasuk mengambil pesanan dan menghantar barang dilakukan oleh mereka sendiri tanpa pertolongan orang lain.

Bagi Aeril, dia memanjat syukur dengan rezeki yang dikurniakan dan berterima kasih kepada Wawa kerana bersama-sama di kala susah mahupun senang, demi menjayakan perniagaan mereka.

Kini, pasangan selebriti sudah bergelar jutawan dan mempunyai 20 orang pekerja serta memiliki 1,000 penjual yang akan memasarkan produk keluaran mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya di Instagram mengucapkan tahniah atas kejayaan mengembangkan empayar perniagaan bersama isteri tercinta.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: http://cempedakcheese.com/