KUALA LUMPUR: “Hati-hati, masalah depresi adalah benar,” kata pelakon, Amar Asyraf apabila ditanya mengenai impak kontr0versi yang melanda dirinya, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Ker4nda itu bersyukur tidak menjejaskan kerjaya lakonannya.
“Alhamdulillah, saya tak terima sebarang pembatalan tawaran disebabkan kontr0versi ini. Kebanyakan produksi menyokong saya kerana apa yang berlaku adalah kisah peribadi.
“Saya jaga kerja, saya juga tak pernah membiarkan kisah peribadi menjejaskan kerjaya walaupun apa yang berlaku memberikan tekanan mental saya.
“Impak dari segi psikologi disebabkan kontr0versi, saya menukar laman Instagram (IG) kepada ‘private’ dan menutup ruangan komen,” katanya kepada BH Online.
Amar berkata, dia juga tidak lagi ‘h4ntu’ IG seperti dahulu, lebih banyak melakukan kerja lain dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
“Walau bagaimanapun, saya bersyukur ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Jika tidak, saya tidak produktif.
“Selama tiga tahun saya tidak menerbitkan pementasan teater dan apabila isu ini timbul, barulah saya sibuk dengan dunia pementasan,” katanya.
Bagaimanapun, Amar enggan mengulas berhubung kes percer4ian dengan bekas isteri kedua, Vivi Jeffry yang dicer4ikan dengan talak tiga pada 4 November, tahun lalu.
“Saya tidak mahu berkongsi kisah peribadi, tetapi apa yang boleh saya cakap, setiap manusia melakukan kesilapan. Saya juga tidak terlepas melakukan kesilapan dan percaturan dalam hidup.
“Saya letak semua kesalahan atas diri sendiri, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Dan kesalahan sudah dilakukan dan saya perlu memperbetulkan,” katanya Amar yang bagi mempromosikan filem terbaharu, Escape.
Pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu berkata, dia hanya ada seorang isteri, Arna Salleh yang dinikahi pada 7 Jun 2013.
Nama Amar menjadi topik hangat selepas seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman membuat pended4han mengenai hubungan mereka. Ia bertambah rumit apabila rumah tangga bersama isteri kedua, Vivy Jeffry turut terded4h dan berakhir dengan perpis4han, November lalu.
Dalam perkembangan lain, Amar yang khuatir dengan penularan wab4k coron4v1rus atau COVID-19 ketika filem Escape menjengah pawagam tidak lama lagi berharap ia tidak menjejaskan orang ramai untuk menonton filemnya itu.
“Saya risau melihat impak penularan v1rus di seluruh dunia, ada saja kem4tian. Saya berharap wab4k ini cepat reda dan orang ramai boleh pergi menonton filem di pawagam tanpa rasa risau.
“Filem ini yang menggandingkan saya dan kawan baik, Kamal Adli. Tidak seperti filem lain, Escape mempunyai banyak ‘plot twist’ yang pasti memberikan pengalaman berbeza,” katanya.
Selain Amar dan Kamal, filem terbitan Dreamland Production bergenre ‘cerebral thriller’ yang mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan turut dibintangi Elizabeth Tan, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online