KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Sharifah Husna, 27, mengakui Azrel Ismail antara jejaka yang rapat dengannya pada ketika ini. Bagaimanapun, masih jauh jika dianggap menjalinkan hubungan cinta.
Mula diperkenalkan menerusi drama Mr Boss Miss Stalker dan Assalamualaikum Cinta, Husna berkata, dia lebih selesa berkawan, bukan bercinta.
“Saya dan Azrel masih dalam fasa mengenali hati budi dan selesa berkawan baik.
“Inilah kali pertama saya mengenali lelaki dengan rapat, jadi saya tidak mahu tergesa-gesa. Berilah masa saya mengenali Azrel lebih mendalam.
“Sejujurnya, saya tak tahu perasaan Azrel dan benarkah dia mencuba saya. Saya tiada pengalaman bercinta, jadi saya tak pasti. Kami kenal selepas digandingkan dalam drama Puteri Yang Ditukar, beberapa bulan lalu,” katanya kepada BH Online.
Mengakui karakter Azrel agak berbeza dengan pelakon lelaki yang pernah digandingkan bersamanya, Husna memuji sifat Azrel yang sopan dan berbudi bahasa.
“Saya pernah didekati beberapa pelakon lelaki yang pernah digandingkan bersama, namun menolak dengan baik.
Ada antaranya memberi ‘hint’ untuk mengenali, tetapi saya tak layan.
“Saya tidak pandang pada populariti atau harta, saya lebih tertarik pada karakter dan budi bahasa.
“Saya sukakan lelaki rajin bekerja dan jujur. Tetapi, setakat ini, belum ada pelakon berstatus suami orang cuba mendekati saya. Jika ada, saya memang nak bagi siku,” katanya yang sibuk dengan penggambaran drama Akasia, Bila Cupid Jatuh Cinta bersama Aiman Hakim Ridza.
Meskipun usianya menghampiri 30 tahun, pelakon kacukan Melayu, Pakistan, Afganistan, Arab, British, Portugis, Belanda dan Indonesia itu berkata, dia tidak mahu terkejar-kejar dalam membina rumah tangga.
“Perkahwinan adalah suatu perkara yang penting dalam kehidupan seseorang dan sekiranya dirinya tersalah pilih, saya akan merana seumur hidup.
“Jadi, saya percaya lebih baik mengukuhkan kerjaya seninya terlebih dahulu dan mencari wang sendiri kerana tidak mahu bergantung kepada lelaki,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online