KUALA LUMPUR: Rezeki penyanyi, pemuzik, komposer, guru vokal dan pelakon bernama Sissy Imann Mohd Kamil terus dipermudahkan apabila kini melebarkan sayap dalam dunia pengacaraan.
Penyanyi lagu Mungkin Kamu dan Pesanan Ayahanda itu berkata, dia tidak menyangka diberi kepercayaan mengacarakan program travelog, Kami Dan Afrika yang disiarkan menerusi saluran televisyen, Okey milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sissy berkata, dia tidak menafikan sedikit sebanyak timbul kebimbangan dengan penul4ran wab4k coron4v1rus (C0VID-19) itu.
“Terbit kebimbangan dalam hati apabila penul4ran wab4k C0VID-19. Lebih lagi, ramai mengatakan lokasi penggambaran di Tunisia tidak selamat ketika saya mahu berlepas ke sana.
“Bagaimanapun, saya hanya berserah dan bertawakal, selain mengambil langkah keselamatan bagi mengelakkan diri daripada risiko terkena v1rus berkenaan.
“Mengikut perancangan, kami sepatutnya akan ke Magribi dan Sepanyol tetapi kerana C0VID-19, saya tidak pasti perancangan akan ditunda atau diteruskan,” katanya kepada BH Online.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dia bersyukur diberi kepercayaan mengendalikan program travelog, Kami Dan Afrika.
“Walaupun penat, apatah lagi terpaksa membahagikan masa antara belajar, mengajar muzik dan kini, dunia pengacaraan pula.
“Bagaimanapun, jika suka apa yang dilakukan, kita akan berusaha mencari masa untuk melunaskan tanggungjawab sebaiknya,” katanya.
Bidang pengacaraan bukanlah sesuatu yang baharu buat Sissy, bekas peserta program realiti, Big Stage itu pernah diberi kepercayaan mengendalikan program Big Stagea Live Plus, Extra Lawak dan Briged Orkestra.
Namun, katanya, setiap program mempunyai cara pengendalian berbeza, tetapi bukan masalah untuk menyesuaikan diri.
Sissy yang menyambung pengajian peringkat Sarjana Pendidikan Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, dia kini terpaksa menangguhkan penempatan mengajar kerana menyambung pengajian.
Justeru, selagi belum dipanggil untuk mengajar, Sissy menggunakan kesempatan yang ada merebut peluang yang hadir.
“Pengajian saya hanya membabitkan kertas kajian sahaja, jadi tidaklah terikat dengan kelas. Jadi, saya dapat meneruskan kelas muzik dan mengambil tawaran mengacara dan nyanyian.
“Alhamdulillah, rezeki saya melimpah ruah dan tak menang tangan.
“Selagi belum lokasi penempatan sekolah, saya akan menggunakan peluang yang terbentang depan mata,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online