Pelawak dan pelakon Ain Sufia berkongsi tentang keadaan kesihatan bapanya yang tidak begitu baik dan terpaksa menjalani prosedur membu4ng batu karang di kedua belah pinggang.
Perkara itu dikongsi Ain menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Ain, bahagian kiri buah pinggang bapanya itu juga membengkak.
“Assalamualaikum, Umi Abah saya dah gerak dari h0sp1tal Seremban ke h0sp1tal Serdang dengan ambulance untuk pembedahan buang batu karang di kedua-dua belah pinggang.
“Bukan ada satu sahaja tapi banyak dalam buah pinggang dan sebelah kiri agak besar sehingga buah pinggang sebelah kiri membengkak.
“Abah juga ada kencing manis dan kini dan insulin,” tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Ain turut meminta orang ramai untuk mendoakan urusan pembedahan bapanya itu dipermudahkan.
“Saya mohon semua mendoakan urusan pembedahan Abah berjalan lancar dan dipermudahkan,” tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari rakan artis dan para pengikut Ain di ruangan komen.
Rata-rata mereka men1ngg4lkan respon positif dan mendoakan agar urusan pembedahan bapa Ain berjalan dengan lancar.
Sekadar info, Ain sebelum ini merupakan anggota kumpulan Awok dan pernah menyertai program komedi terbitan Astro iaitu Skool of Lawak pada tahun 2014 dan Projek Komedi Warna pada tahun berikutnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak