PELBAGAI cabaran dan dug4an yang terpaksa dihadapi kru produksi dan pelakon ketika berada di set penggambaran.
Pelakon Beto Kusyairi menerusi laman Twitter berkongsi kesulitan yang dialami apabila tidak mendapat kerjasama daripada penduduk di kawasan itu.
Pelakon filem Bisik Pada Langit ini berkata, penggambaran yang sedang dijalankan terg4nggu akibat tidak disenangi jiran sekeliling.
“Punyalah pekat sifat d3ngkinya sampai sengaja membiarkan penggera rumah berbunyi hanya untuk mengg4nggu penggambaran yang sedang berlangsung di sebelah… tak cukup itu, dihidupkan pula alarm kereta.
Kita jangan ada sikap dengki mendengki cenggini ya. Rakyat Malaysia kan sepatutnya kaya dengan budi bahasa & bertoleransi sesama kita.
Apa sekalipun kita jangan letak diri as low as them. We take the higher ground. Peace! ♥️— Beto Carotene 🇲🇾 (@Beto_Kusyairy) March 12, 2020
“Itu yang tak faham tu. Kita satu team semua duduk jaga etika dan tak meng4nggu gugat rumah dia sikit pun.
Beto menulis pengalamannya itu menerusi laman Twitter.
“Kita dah dewasa dan profesional, apa yang boleh bikin orang marah kita tak buat,” katanya.
Pelakon drama bersiri KL Gangster: Underworld berkongsi pengalamannya itu menerusi laman Twitter pada Khamis.
Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus lokasi kejadian serta projek penggambaran yang sedang dijalani oleh mereka.
Kita jangan ada sikap dengki macam ini ya… rakyat Malaysia sepatutnya kaya dengan budi bahasa dan bertoleransi sesama kita!
[BETO KUSYAIRY]
PELAKON
Sementara itu, Beto berkata sikap yang ditunjukkan individu itu tidak berkaitan dengan bangsa atau agama.
Justeru itu, dia meminta rakyat Malaysia lebih bertoleransi dan menjaga budi bahasa supaya masing-masing dapat hidup dengan aman dan damai.
“Ini masalah sikap dan sifat peribadi. Bukan masalah bangsa. Pernah saja jumpa mat saleh yang jaki (d3ngki) dengan lampu shooting yang terletak sepelaung (jauh) dari rumah dia.
Beto sedang menjalani penggambaran filem Imaginur.
“Kita jangan ada sikap d3ngki macam ini ya… rakyat Malaysia sepatutnya kaya dengan budi bahasa dan bertoleransi sesama kita.
“Apa sekali pun kita jangan letak diri serendah mereka. We take the higher ground. Peace!,” ujarnya.
Perkongsian Beto itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut di laman tersebut.
Malah, penyanyi dan pelakon Adibah Noor turut bersetuju dengan pandangan Beto dan mengakui pernah berdepan pengalaman yang sama.
“Memang ada spesis begini dik… akak pernah kena sampai berg4duh-berg4duh… anak, cucu, atok semua keluar untuk m4ki h4mun. Disep4knya muka isteri tuan rumah bagai,” kata Adibah.
“Orang macam ni kalau tak dilayan apa yang dia buat tu lagi s4kit hati rasanya… mungkin team abang kena pergi buat baik sikit dengan dia, tapi kalau orang dah berbudi pun tetap buat macam ni, biarkan sajalah!,” komen seorang pengikut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar