“Bukan Saja Tak Jamah Nasi Sejak 9 Tahun Lalu,” Syamim Farid Juga Tak Makan Daging Dan Ayam

Pelakon jelita, Che Puan Syamim Farid, 29, mengakui pendedahannya yang tidak menyentuh nasi sejak sembilan tahun lalu membuatkan ramai orang terkejut.

Memulakan rutin terbabit semenjak berusia 20 tahun, Syamim sudah terbiasa untuk menikmati makanan yang tidak berasaskan nasi.

“Bila peminat tanya, saya hanya jawab dengan jujur sahaja. Tak sangka pula ramai yang terkejut dengan pendedahan terbabit. Ada yang memberikan pelbagai reaksi.

“Saya mula tak menjamah nasi sejak mula bersenam. Apabila saya bersenam dan mahu menjaga tubuh badan, saya juga mula mencuba untuk tidak menjamah nasi dan ia dilakukan perlahan-lahan.

“Lama-lama, saya sudah terbiasa untuk tidak mengambil nasi. Tetapi, saya masih makan seperti biasa, cuma saya menggantikan nasi dengan sumber karbohidrat yang lain serta mengamalkan cara pemakanan sihat,” kata Syamim.

Naib juara Dewi Remaja 2015 ini ditemui pada majlis pelancaran jenama kosmteik Mawarose di Ryu Event Hall, di Suka Sucre Bistro, Cheras, pada Isnin.

Tambah isteri kepada kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Datuk Ardy Esfandiari Al-Haj ini, dia rasa beruntung kerana suaminya juga memahami.

“Suami saya faham dan dia juga seperti saya, mengamalkan cara pemakanan sihat. Cuma, menu lain seperti sambal belacan saya masih makan, cicah dengan ulam-ulaman.

“Semenjak dua tahun lalu, saya mengamalkan cara pemakanan pescatarian iaitu tidak menikmati juadah berasaskan ayam dan daging.

“Saya hanya menikmati sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat lain selain nasi serta makanan laut. Apa yang penting, saya menjaga pemakanan dan saya makan menu berkhasiat,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#GempakNews : Biar betul tak makan nasi selama 9 tahun? Jom dengar cerita Che Puan @syamimfarid yang sedang hangat dengan drama bersiri #DuaTakdirCinta ni… Dengarnya tak makan nasi bermula dari umur 20 tahun… Hmmm kalau min tak makan nasi sehari, boleh mengamuk woi!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Syamim, Dua Takdir Cinta kini sedang hangat bersiaran di Astro Prima dan Prima HD setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6 petang.

Sumber : gempak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rose Merah