Syatilla Melvin tiada keinginan kembali berlakon-saya tak boleh berp1sah dengan anak yang masih kecil

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syatilla Melvin, 29, berat hati men1ngg4lkan dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, yang masih kecil untuk keluar bekerja.

Jadi, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu menangguhkan hasrat kembali ke dunia lakonan, selepas kali terakhir membintangi sebuah drama ketika h4mil anak kedua.

“Anak-anak masih kecil, jadi berat hati men1ngg4lkan mereka dalam tempoh yang lama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

P.A bubu harini😍 @sarima_samheizy

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

“Jika kembali berlakon, jadual kerja tidak menentu dan memerlvk4n saya seharian di lokasi penggambaran. Buat masa ini, saya tak boleh berp1sah dengan anak yang masih kecil.

“Jujurnya, suami tak pernah menghalang niat saya kembali aktif, cuma saya memilih mengasuh dan mendidik anak di rumah,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Sha & Shah dan Kerna Syurga Bukan Percuma itu berkata, dia juga menceburi perniagaan kosmetik diusahakan bersama adik-beradik. Jadi, waktu cukup terbatas buatnya, apatah lagi kembali ke dunia lakonan seperti dahulu.

Belum cukup setahun bergelar usahawan kosmetik, Syatilla berkata, dia gembira dengan pulangan yang diperoleh hasil perniagaan.

“Saya belum ada niat kembali berlakon. Apatah lagi, saya sibuk menguruskan perniagaan bersama kakak dan adik.

“Saya tak sangka, sambutan diterima untuk produk sangat menggalakkan dalam tempoh 10 bulan berniaga. Ketika pelancaran pertama, saya sudah mendapat pulangan modal.

“Saya bermula dengan lipmatte dan kini, rangkaian produk diperluaskan kepada pemerah pipi. Idea memilih perniagaan produk kosmetik hasil perbincangan kami adik beradik,” katanya.

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, dia bertuah kerana memiliki platform media sosial yang memudahkan mempromosi produk, apatah lagi sudah tidak berlakon.

“Jadi, kewujudan platform media sosial membantu perniagaan kami.

“Bagaimanapun, saya tak menafikan, impak produk akan lebih meluas sekiranya saya masih aktif berlakon.

“Namun, apakan daya, tanggungjawab semakin bertambah dan keinginan kembali berlakon tidak begitu kuat sejak bergelar isteri dan ibu. Tak mengapalah, kami adik beradik mempunyai platform sendiri, jadi kena yakin dengan kuasa media sosial boleh membantu,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online