Selepas Padam F0to Di Instagram, Engku Emran & Laudya Cynthia Bella Didakw4 Sudah Tinggal Beras1ngan?

Rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran kembali hang4t diperkatakan.

Terbaru, timbul sp3kulasi mengatakan pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung. 

Menerusi laporan media Indonesia, ada pihak mengatakan Laudya telah kembali menetap di Jakarta sementara Emran tinggal di Kuala Lumpur.

Berdasarkan pemerhatian Gempak sebelum ini, Laudya telah memadam semua foto bersama suaminya itu di laman Instagram.

Pada masa yang sama, Emran masih tidak memadam foto bersama Laudya di laman sosial berkenaan.

Walaubagaimanapun, pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai khabar angin tersebut setakat ini.

Terdahulu, Emran dan Laudya mendirikan rumah tangga pada September 2017.

Sebelum itu, Emran pernah menikahi aktres Erra Fazira pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak