Saling ‘Unfollow’ Di IG, Rumah Tangga Aliff Syukri Kembali Bermasalah?

Usahawan k0smetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah sebagaimana yang digembar-gemburkan semua pihak.

Hasil tinjauan MH, keduanya sudah tidak saling mengikuti isterinya lagi, Datin Seri Shahida di Instagram.

Aliff, 33, menjelaskan, hubungan rumah tangganya bersama isteri baik-baik sahaja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ada apa yang saya boleh katakan ketika ini, dan juga saat ini. Apa yang saya ada hanyalah sebuah impian yg besar… Impian untuk menjadi yang terbaik . Menjadi seorang abah yang terbaik . Menjadi seorang pemimpin bisnes yang terbaik. Tetapi sering disalah ertikan. Saya meluahkan rasa isi hati saya pada lagu saya “Coba Bahagia” yg akan di siarkan di youtube saya jam 12 tghri. . kenala apa yg sy buat sering di salah ertikan.. malah .. Ramai juga yang mengambil kesempatan dengan mencari dan mengherdik saya. Tetapi saya redha. Ya ALLAH Ya Tuhanku, Engkau berkatilah kehidupanku ini dan Engkau permudahkan segala urusan aku. Aku sentiasa memaafkan orang yang cuba menjatuhkan aku. Kuatkanlah. Semoga besar nanti anak anak abah tahu betapa susahnya abah untuk berjaya sampai ke tahap ini. Anak abah @ammarahyan_terlajaklaris dan @qadejah_terlajaklaris , abah sayang sangat dekat korang sampai mati..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami, kami bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya…kami bahagia.

“Saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media pelancaran lagu Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, Aliff mengambil pendirian untuk tidak mengulas mengenai kedua-duanya yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing .

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rindu

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Tiada komen,” jawab Aliff ringkas.

Terdahulu, hubungan rumah tangga pasangan usahawan itu dikatakan bermasalah selepas kedua-duanya sudah tidak mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila lagu terbarunya, Cuba Bahagia yang dilancarkan hari ini, yang mengisahkan mengenai dirinya yang mengimpikan kebahagiaan.

Aliff pada sidang bagaimanapun mengakui lagu itu menggambarkan perasaan yang benar-benar sed1h dengan apa yang dilalui ketika lirik lagu tersebut ditulis beberapa bulan lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

terima kasih kepada syurgaku @bondarozitaibrahim kerana sentiasa menyayangi sy walapun mak tegas kri tetap syg mak.. sbb doa mak kri kuat dan smapai hari ni❤️❤️❤️

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia.

“Pada masa sama, lagu ini bukan ditujukan kepada isteri atau keluarga, sebaliknya untuk pendengar yang sedang berdepan dengan masalah kebahagiaan.

“Apa pun, saya nak bahagia dengan anak dan keluarga,” luahnya jujur.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi kebelakangan sehingga menerima kecaman warga maya.

Terdahulu, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan lima cahaya mata serta turut mengambil seorang anak angkat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH