KUALA LUMPUR: Beransur sembuh daripada keced3raan akibat terj4tuh motosikal, Hun Haqeem mengaku beroleh kekuatan daripada semangat ahli kelab peminat, Huniverse FC yang baru ditubuhkan.
Datang bertongk4t dan terpaksa dip4pah pada majlis ramah mesra pertama anjuran kelab terbabit di ibu negara, baru-baru ini, Hun terharu dengan kesungguhan peminat menubuhkan Huniverse FC serta menganjurkan acara santai.
“Tengok mereka (peminat) membuatkan saya terharu dan hil4ng s4kit.
“Hajat dalam hati hendak sama bermain dalam acara diatur. Namun, saya hanya mampu duduk di kerusi.
“Jika diikutkan, selepas kem4lang4n dan pembed4han pada tumit kaki, hendak berdiri pun susah. Tapi sekarang, saya sudah boleh berjalan perlahan-lahan,” katanya kepada BH Online.
Pada 1 Mac lalu, Hun terbabit dalam kem4lang4n apabila motosikal ditunggangi mel4ngg4r pembahagi jalan akibat terlel4p, ketika pelakon drama Kampung People itu mahu pulang ke rumah selepas bermain futsal.
Majlis ramah mesra yang dianjurkan di sebuah premis acara di sini, dihadiri kira-kira 50 peminat yang turut menyambut hari jadi Hun yang ke-22, yang jatuh pada 7 Januari lalu.
Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy berkata, sudah lama dia mahu melakukan aktiviti riadah bersama peminat sejak berkecimpung dalam dunia seni, kira-kira setahun lalu.
“Namun, kesibukan berlakon membataskan segala-galanya. Susah payah peminat datang dari Sarawak dan Pulau Pinang membuatkan saya kuat.
“Penubuhan kelab peminat ini mula dicetuskan sejak beberapa bulan lalu ketika drama Kampung People mencetuskan sensasi dan diminati ramai,” katanya.
Hun berkata, pelakon dan pengacara, Janna Nick turut menasihatkan dirinya menubuhkan kelab peminat.
“Ketika itu, saya datang mempromosikan drama Kampung People dalam Melodi.
“Janna berkongsi cerita mengenai hubungan rapat dengan kelab peminat yang menjadi tulang belakang dalam karier seninya,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online