KUALA LUMPUR: m4ngs4 temb4kan di Christchurch, New Zealand, Rahimi Ahmad berterima kasih kepada semua pihak, khususnya keluarga yang memberi kerjasama sepanjang proses pemulihan daripada tragedi terbabit, tahun lalu.
Rahimi, 40, sekeluarga kini masih menetap di Christchurch bagi menjalani prosedur fisioterapi dan beberapa rawatan susulan bersama pakar bedah di h0sp1tal Burwood, selain anaknya perlu meneruskan persekolahan di sana.
“Dari peristiwa ini, saya dapat rasakan betapa kasih, sayang dan cinta yang tersemat dalam kalangan penduduk New Zealand amat erat, apatah lagi saudara seagama dari seluruh dunia. Maaf jika saya tidak senaraikan sepenuhnya. Terima kasih kerana sudah membantu kami.
“Alhamdulillah, walaupun keced3raan pada diri ini masih belum sembuh sepenuhnya kerana kaki kanan masih tidak dapat bergerak tetapi dengan doa dan kata semangat daripada isteri, anak, keluarga, sahabat serta tetamu amat memberi sepenuh rangsangan dan motivasi.
“Kadang-kadang lvk4 di bahagian terkenan temb4kan itu masih terasa s4kit seperti ditik4m dan kulit terb4kar. Bagaimanapun, saya juga amat bertuah kerana syarikat saya bekerja sentiasa mengambil berat perkembangan kesihatan,” katanya kepada BH, hari ini.
Pada Mac tahun lalu, ser4ngan di dua masjid di Christchurch, New Zealand mengorb4nkan 50 individu serta menced3rakan puluhan yang lain, termasuk tiga rakyat Malaysia, pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan).
Selain Rahimi, dua lagi rakyat Malaysia yang terc3dera dalam ser4ngan itu ialah Mohd Tarmizi Shuib, 43, dari Alor Setar, Kedah dan Mohd Nazri Hisham Omar, 47, dari Shah Alam, Selangor.
Selain itu, allahy4rh4m Mohd Haziq, 17, anak kedua Mohd Tarmizi terk0rban dalam ser4ngan di Masjid Al Noor.
Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Mohd Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma.
Dalam pada itu, Rahimi mengakui keadaan anak sulungnya, Ahmad Razif, 12, yang masih mengalami tr4uma susulan kejadian terbabit, selain berusaha untuk mengatasi keadaan itu sebaiknya.
Akibat tr4uma mendalam dialami Ahmad Razif, anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang ini mengambil keputusan untuk balik seketika ke Malaysia, selepas mendapat kebenaran daripada doktor di h0sp1tal Burwood.
“Kami sekeluarga juga berpeluang menziarahi rumah ibu mentua di Mersing, Johor. Saya juga masih menyambung rawatan fisioterapi di kedua-dua negeri yang dilawati sepanjang berada di tanah air.
“Selain itu, kami sekeluarga berpeluang menjalankan ibadah umrah dalam usaha menguatkan r0hani dan semangat Ahmad Razif. Alhamdulillah kami diuruskan dengan baik sepanjang di sana (Makkah),” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online