Tip Untuk Elak Jangkit4n Koron4v1rus Dalam Amalan Seharian

SEJAK gelombang kedua wab4k koron4virus (Covid-19) melanda negara ini, rata-rata hand sanitizer atau cecair pembasmi kum4n serta topeng muka laris bak pisang goreng panas!

Tinjauan di beberapa farmasi dan pasar raya sekitar ibu kota mendapati kebanyakan bekalan produk itu sudah kehabisan stok.

Namun kecoh di Twitter apabila satu posting mendakwa penggunaan hand sanitizer untuk memerangi virus Covid-19 hanyalah sia-sia kerana cecair itu hanya bertindak membunvh b4kter1a bukannya v1rus.

Satu perkongsian menarik berkaitan penggunaan sabun atau hand sanitizer di FB Norizan Mohd Sharif yang melibatkan amalan seharian.

1. Beginilah.

2. Kita makan tiga kali sehari. Setiap kali kita nak makan, kita basuh tangan dengan sabun selama 20 saat. Kemudian bilas dengan air biasa. Baru makan.

3. Kita ambil wudu lima kali sehari. Setiap kali kita nak wudu, basuh tangan dengan sabun selama 20 saat. Kemudian baru ambil wudu.

4. Kita mandi dua atau tiga kali sehari. Setiap kali mandi, pastikan kita sabun sekurang-kurangnya 20 saat.

5. Kita masuk tandas untuk buang air kecil/besar tiga atau empat kali sehari. Selepas buang air, basuh dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.

6. Sekiranya kita amalkan apa yang saya sebutkan di atas, ertinya kita basuh tangan dengan sabun sebanyak 15 kali sehari.

7. Ini bermaksud secara purata kita basuh tangan dengan sabun 20 saat setiap satu jam waktu kita jaga.

8. Center for Disease Control (CDC) kata penggunaan sabun dan air lebih berkesan berbanding hand sanitizer.

9. Gunakan hand sanitizer apabila kita tak dapat gunakan sabun.

10. Baca panduan yang dikeluarkan oleh CDC di sini: https://www.cdc.gov/…/show-me-the-science-hand-sanitizer.ht…

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua agar terhindar dari ser4ngan wab4k koron4virus (Covid-19).

 

Sumber : Norizan Mohd Sharif