“Melimpah Dah Aset Janna…” Urus Kerjaya Sendiri, Janna Nick Buka Tawaran Kerja Buat Ramai

Janna Nick merupakan salah seorang selebriti wanita muda yang tidak perlu lagi diperkenalkan. Namanya yang kini cukup popular dalam industri hiburan tanah air membuatkan dia semakin mendapat perhatian ramai.

Tidak hanya memiliki rupa paras cantik namun ramai meminatinya kerana bakat lakonan juga tidak dinafikan sangat hebat sehinggakan wajahnya juga sudah sering mewarnai kaca televisyen dengan pelbagai watak utama.

Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro dia dikatakan kini lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri melalui syarikat pengurusannya JN Studio & Entertaiment. Ini kerana dia telah memilih untuk tidak lagi bersama dengan syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertaiment.

“Selepas hampir tiga tahun bersama LOL Entertainment, saya nekad untuk belajar menguruskan kerjaya seni saya sendiri. Pilihan ini dibuat bukan kerana saya ada masalah dengan syarikat pengurusan sebelum ini, tapi sudah tiba masanya untuk bergerak sendiri dan mencari peluang baru.”

“Saya percaya JN Studio & Entertaiment akan memudahkan urusan apabila saya sendiri yang akan memantau setiap kerja dan tawaran yang datang,” ujarnya.

Perkara berkenaan juga dikongsikan selebriti muda ini menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat perhatian peminat dan ramai rakan selebriti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m no longer with @mylolentertainment 😘 everything was good… Cuma this is my first step to have my own management company … Wish me luck! ❤️ Siapa rasa berbakat & nak jadi artis & ada rupa… Pls email your profile jannanick8@gmail.com #JNENTERTAINMENT Tq @najiyjefri 😘

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Janna Nick buka tawaran kerja

Dia berkongsikan mengenai hal itu dan meminta agar ramai mendoakan dirinya. Namun begitu, apa yang menjadi perhatian juga dia turut membuka peluang pekerjaan kepada ramai.

“I’m no longer with @mylolentertainment everthing was good. Cuma this is my first step to have my own management company. Wish me luck!”

“Siapa rasa berbakat & nak jadi artis & ada rupa… please email your profile jannanick8@gmail.com” ujarnya.

Tawaran kerja daripada Janna Nick itu bagaimanapun sekali gus mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan pengikutnya diruangan komen.

Komen-komen rakan selebriti

Reaksi peminat buat Janna Nick

Sumber: Instagram Janna NickHarian Metro

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : KL PRESS