“Saya Nak Gaji RM3,500…Duduk Rumah Teres, Pakai Kereta Exora,” – Aliff Syukri Tak Bahagia Hidup Mewah?

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai seperti sekarang.

Ini kerana, menurut Aliff, 33, kemewahan dan populariti yang diraihnya pada hari ini dirasakan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

undian di buka.. penat dah jadi penyanyi tak masuk ajl😢😢😢

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Dulu waktu saya susah, saya sangkakan apabila kita ada duit, kita akan seronok, tapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa.

“Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara,” katanya kepada Gempak.

Bahkan, ketika ditanya mengenai apa yang boleh membuatkan dirinya bahagia ketika ini, katanya, dia mahukan kehidupan seperti orang kebanyakan.

“Saya nak gaji RM3,500, saya nak duduk rumah teres, mungkin saya nak ada kereta Exora dan menyorokkan diri, daripada apa yang saya pernah inginkan 15 tahun lepas.

“Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula,” luahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

terima kasih kerana selama ini memahami sy dan menjaga sy dgn amat baik..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Biarpun begitu, kata Aliff, setiap apa yang dilaluinya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

“Saya percaya apa yang berlaku dalam hidup ini buat saya lebih matang.

“Saya akui saya sudah kedepankan diri dan inilah benda yang saya perlu terima. Saya perlu bangun dan bangkit,” ujarnya yang kini muncul dengan single berjudul Cuba Bahagia.

Lagu tersebut dikatakan merupakan gambaran luahan perasaan hatinya yang sed1h dengan apa yang dilaluinya kini.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontr0versi termasuklah isu pergol4kan rumah tangga dan pend33raaan kanak-kanak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Abang tahu, abang ada suara yang merdu sebab tu i cant see your voice memanggil abang .. pada hari ini di @tv3malaysia . . Dan abang harap orang tidak salah ertikan. Sebab abang sendiri tak tahu konsep program ini, bila abang di jemput abang akan cakap apa yang abang rasa.. so kepada anda yang tengok program ini, malam ini abang harap korang enjoy dan jangan fikir yang bukan-bukan. Sebab apa yang abang cakap tu adalah apa yang abang nampak. . . Dan kepada peserta yang menang abang ucap Tahniah. Abang tidak sangka orang yang simple macam tu ada bakat yang besar.. . . Abang takutlah.. Abang takuttt… Kalau korang rasa nak komen.. Korang boleh komen dekat bawah👇🏻

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak